Jan 23, 2009

Urid an aslukum 'an haza mushkilah..

Salam

pihak moderator,

saya ingin bertanya berkaitan masalah ini:

-apa hukum seseorang yang ketika sedang mengerjakan solat, sering terdengar bisikan2 di telinga "aku murtad". tetapi hatinya berkata tidak. dia cuba utk melawan tetapi bisikan2 jahat itu sering mengganggu setiapkali mengerjakan solat.

[mungkin ini sebenarnya masalah hati yg tidak khusyuk ataupun kurang 'kuat' dr aspek rohani atau spiritual.namun semakin cuba dia menghindari bisikan2 itu,semakin kuat pula kedengaran.]

-dan apa pula penyelesaian utk mushkilah ini, selain membaca doa perlindungan dr sifat waham dan keraguan serta gangguan syaitan?

mohon bantuan dari pihak ikhwah fillah sekalian.
Wassalam

**********
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr/i chamomile dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Mengenai subjek anta itu, saya cuma hendak betulkan yang hujung sahaja (yang lain itu lihat pada Nahu dan fa'ilnya), musyiklah itu kan TA marbuthah (TA bulat), maka isim isyarat itu jadi hazihi (هذه المشكلة)....

Berbalik kepada persoalan bisikan ghaib... itu kita namakan sebagai waswas. Ini merupakan gangguan Syaitan yang seringkali mengganggu kita lebih2 lagi kalau kita melayannya. Ada perkara yang tidak mungkin dapat dikawal oleh insan yang bernama manusia. Allah berfirman :-

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
"Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." [al-Talaaq :7]

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu " [al-Taghaabun :16]

Pohon keampunan banyak2 kepada Allah swt. Allah swt mema'afkan lintasan2 hati selama-mana yang tidak mengucapkan atau melakukannya sebagai mana sabda nabi saw :-

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا مَا لَمْ يَتَكَلَّمُوا أَوْ يَعْمَلُوا بِهِ
"Sesungguhnya Allah akan mengampunkan umatku atas apa sahaja yang terlintas difikirannya selama mereka tidak bercakap mengenainya atau melakukannya" [Hadith Riwayat al-Bukhaari #4968, Muslim #: 127]
-----------------

Kaedah mengatasi waswas ini telah kita bincangkan didalam SOALAN WAS2 DIDALAM MANDI WAJIB, akan tetapi bagi faedah bersama, saya quotekan kembali tulisan tersebut :

Quote:

Nabi saw telah memberi 2 tips utama didalam mencegah bisikan (waswas) syaitan ini :-

1. Kembali kepada Allah dengan memohon pertolongan darinya. Firman Allah swt :-

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [Surah al-A'raaf : 200]

Terdapat banyak sekali hadith2 Nabi saw mengajar kita berdo'a dan memohon perlindungan Allah dari hasutan2 syaitan, contohnya do'a sebelum masuk tandas, do'a sebelum berjima', do'a semasa berhenti disesuatu tempat. Kesemua do'a2 ini mengajar kita memohon perlindungan Allah swt dari gangguan2 syaitan. Begitu juga dengan bacaan2 al-Mi’wadhatayn seperti : surah al-Falaq dan surah al-Naas.

2. Apabila berlaku waswas tersebut, hendaklah tidak melayannya, dan menyibukkan diri kita melakukan sesuatu perkara yang berfaedah. Syiekh Ibn Taimiyah rh telah memberi tipsnya didalam kitab Dar’ al-Ta’aarud, 3/318, katanya :-

وهذا الوسواس يزول بالاستعاذة وانتهاء العبد وأن يقول إذا قال لم تغسل وجهك : بلى قد غسلت وجهي . وإذا خطر له أنه لم ينو ولم يكبر يقول بقلبه : بلى قد نويت وكبرت . فيثبت على الحق ويدفع ما يعارضه من الوسواس ، فيرى الشيطان قوته وثباته على الحق فيندفع عنه ، وإلا فمتى رآه قابلا للشكوك والشبهات مستجيبا إلى الوساوس والخطرات أورد عليه من ذلك ما يعجز عن دفعه وصار قلبه موردا لما توحيه شياطين الإنس والجن من زخرف القول وانتقل من ذلك إلى غيره إلى أن يسوقه الشيطان إلى الهلكة
"Waswas ini boleh ditolak dengan cara memohon perlindungan dari Allah dan tidak melayannya, dimana jika Syaitan berkata : 'Anda tidak membasuh muka anda (didalam wudhu'), katakan, 'Ya, aku telah membasuh mukaku'. Jika dia merasakan bahawa dia tidak berniat ketika solat atau tidak mengucapkan takbir, maka hendaklah dia berkata didalam hatinya, 'Ya Aku telah melakukan Niat dan berkata Allahu Akbar.' Dia hendaklah berpegang teguh kepada kebenaran dan melawan waswas yang datang terhadapnya, agar Syaitan melihat betapa kuatnya dan teguhnya dia berpegang kepada kebenaran, dan ia (syaitan) akan meninggalkan dirinya berseorangan. Jika tidak, apabila Syaitan melihat bahawasanya dia dapat dipengaruhi dan memberi repons kepada waswas, dia akan menambahkan lagi waswas sehingga dia tidak dapat mengawal hatinya dari menerima bisikan syaitan dari kalangan Jin dan Manusia, dan dia akan menghasut dari dari satu amalan kepada amalan yang lain sehingga Syaitan memandunya kearah kematian".

Beberapa perkara yang lain yang boleh anda lakukan adalah :-

1. Mempelajari amalan2 Islam (terutama ibadat)yang benar datang dari al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Perkara bid'ah yang dilakukan didalam ibadat akan mengundang banyak lagi waswas; contohnya Lafaz Niat, dilakukan berkali2 sebelum melakukan solat, cuba melalukan Niat ketika takbir al-ihram. Dengan mengetahui syarat shahih didalam sesuatu ibadat dapat mempertingkatkan lagi keyakinan didalam ibadat. Contohnya : Aku telah melakukan Solat sepertimana yang dilakukan oleh Nabi saw, dan syaitan tidak boleh menghasut ibadat solat aku. Syaitan akan kalah dengan ilmu pengetahuan Islam yang tulen, Insyaallah.

2. Mempelajari doa2 khusus dari hadith Nabi saw yang shahih didalam bab2 memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan.

3. Sentiasa menyibukkan diri kita dengan berzikir kepada Allah swt; dengan kata lain, sentiasa mengingati Allah swt.

4. Sentiasa mendekat diri dengan jemaah dan memilih kawan2 yang alim dan soleh.

5. Sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt.

Demikianlah beberapa tips yang boleh dilakukan agar dapat menghilangkan bisikan syaitan dan mempertingatkan keyakinan kepada Allah swt.


Kita mohon dari Allah swt agar dijauhi dari penyakit waswas ini. Insyaallah. Wallahu A'lam

wassalam

0 comments:

Post a Comment