Jan 23, 2009

Sumpah Dalam Islam

assalamualaikum...

saya nak bertanya pasal sumpah dalam islam:

- cara bersumpah
- lafaz yang perlu disebut
- perlukah saksi? kalau perlu camna? berapa org...
- perlukan ada dokumen perakuan sumpah?
- kesan akibat sumpah palsu? bleh sampai murtad x...?
- ada apa-apa lagi x yang perlu saya tahu...

sebenarnya, ada sorang staf sy ni bermasalah skt, x nak mengaku salah dia... nak tuduh pun takut jd lagi x elok. jadi, sy nak dia bersumpah, atas seorang islam... bahawa dia x buat suma yang x betul tu. dia org saya yakin x tinggal solat, dan saya yakin dia x akan bersumpah palsu...

harap mendapat penjelasan dari panelis ahkam yang budiman...

wassalam

***********
thtl
Maqam 7

Wassalam

Staf anda itu hendaklah dibawa bersumpah dihadapan hakim dan bukannya di hadapan anda.

ini adalah salah satu prosedur pendakwaan dalam Islam jika pendakwaraya gagal mengemukakan bukti yg kukuh. Ia pulak dalam kes2 yg melibatkan kes2 barangan dan harta sahaja bukan kes hudud dan hukuman. ia tidak dipraktikkan dalam hukum Civil.

Maka kes anda ini memerlukan penyiasatan, audit, dan bukti kukuh, jika di bawa ke hadapan Hakim dan bersumpah, maka implikasi sumpah ini adalah berat.

maka kami syorkan jika tidak ada bukti kukuh, maka kes itu hendaklah digugurkan sahaja. [Fiqh sunnah, Jld 3, edisi alFath, cairo]

Wallahu A'lam

1 comments:

Anonymous said...

Salam. Saya bercinta dengan seorang teman saya di IPT. Kami sudah menjalin hubungan selama lebih setengah tahun. Walaupun agak baru, tapi kami hbungan kami sangat rapat. Pada suatu hari, saya tak izinkan dia keluar bersama rakannya, lalu saya memberi amaran yg jika dia keluar jugak saya akan bersumpah yg saya akn putuskan hbungan ni sampai bila2. Nak dijadikan cerita, dia keluar juga. Sebelum dia keluar, dia ada berjumpa saya. Saya terlepas sumpah yg saya katakn tadi. Adakah sumpah saya relevan dlm Islam? Terima kasih.

Post a Comment