Jan 3, 2009

Nabi Isa As Diangkat Sesudah Wafat Atau Belum

"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?" (Q.s. Al-Anbiyaa': 34).

Soalan:
Semasa nabi Isa a.s diangkat kelangit,sudahkah ia diwafatkan atau belum? Kalau sudah adakah dia akan dihidupkan kembali pada akhir zaman untuk turun kembali kadunia?
------

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih sdr solid didatas soalan diatas. Persoalan samada Nabi Isa telah wafat atau tidak merupakan satu persoalan aqidah yang sangat serius, dan perlu difahami oleh semua orang Islam. Insyaallah, kami akan cuba menjawabnya dengan semampu yang mungkin.

Sebelum kita membincangkan persoalan ini dengan lebih lanjut, eloklah kita menghayati firman Allah swt didalam surah Surah al-Nisaa' (155-159) :

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ وَكُفْرِهِمْ بِآيَاتِ اللَّهِ وَقَتْلِهِمُ الأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ بَلْ طَبَعَ اللَّهُ عَلَيْهَا بِكُفْرِهِمْ فَلا يُؤْمِنُونَ إِلا قَلِيلا(155) وَبِكُفْرِهِمْ وَقَوْلِهِمْ عَلَى مَرْيَمَ بُهْتَانًا عَظِيمًا(156) وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلا اتِّبَاعَ الظَّنِّ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًا(157) بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا(158)وَإِنْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا(159) سورة النساء

[155] Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar dan mereka juga mengatakan: Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad). (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).

[156] Demikian juga (Kami laknatkan mereka) dengan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Mariam (dengan tuduhan) yang amat besar dustanya.

[157] Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang iaitu salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.

[158] Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[159] Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.

-------

Kesimpulan dari ayat-ayat diatas, dapatlah kita ringkaskan beberapa kesimpulan :-

- Pembohongan dan fitnah kaum Yahudi terhadap Mariam (kerana melahirkan Nabi Isa a.s. tanpa bapa).
- Pembohongan terhadap pembunuhan dan pensaliban Nabi Isa.
- Allah menukar Nabi Isa dengan orang lain sebelum orang tersebut disalib.
- Allah telah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit.

Maka jelas dari ayat diatas menunjukkan bahawa Nabi Isa a.s. telah diangkat oleh Allah swt ke langit, dan berita pembunuhan beliau adalah satu pembohongan.

Apakah Nabi Isa dimatikan sebelum naik ke langit?

Mungkin ada juga yang bertanya mengenai surah Aal 'Imran ayat 55, terdapat penggunaan istilah “mutawaffeeka” (مُتَوَفِّيكَ ) yang biasanya diterjemahkan sebagai wafat (mati), firmannya :-

إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

"(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan mengangkatmu ke sisiKu dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan." - [Aal 'Imran 3:55]

Ibn Jareer rh. menjelaskan bahawa :-

" توفيه " هو رفعه ، وقال الأكثرون المراد بالوفاة هاهنا النوم كما قال تعالى : ( وهو الذي يتوفاكم بالليل ) الآية وقال تعالى : ( الله يتوفى الأنفس حين موتها والتي لم تمت في منامها )

Wafat disini bermaksud dia diangkat/naikkan, dan berkata kebanyakkan ulama', penggunaan wafat disana bermakna TIDUR sebagainmanaa firman Allah swt ( Dan Dialah yang [yatawaffaakum] menidurkan kamu pada waktu malam - [al-An’aam 6:60] ) dan firman Allah swt (Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil [yatawaffaa] dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya;- [al-Zumar 39:42])"

Menurut Sheikh Muhammad ibn Ibrahim al-Tuwayjri :-

- فعيسى عليه السلام لم يمت بل رفعه الله إليه .. وسينزل قبل يوم القيامة ويتبع محمداً صلى الله عليه وسلم .. وسيكذب اليهود الذين زعموا قتل عيسى وصلبه .. والنصارى الذين غلوا فيه وقالوا هو الله .. أو ابن الله .. أو ثالث ثلاثة .قال النبي عليه الصلاة والسلام .. (والذي نفسي بيده ليوشكن أن ينزل فيكم ابن مريم حكما ًمقسطاً فيكسر الصليب و يقتل الخنزير ويضع الجزية ويفيض المال حتى لا يقبله أحد ) . متفق عليه أخرجه مسلم برقم 155.

"Maka Isa a.s. tidak mati, bahkan Allah telah mengangkatnya kepadaNya, dan akan menurunkan sebelum hari Akhirat dan beliau akan mengikuti ajaran Nabi Muhammad saw. Dia akan membuktikan bahawa kaum Yahudi salah didalam mendakwa bahawa mereka telah bunuh dan menyalib Isa. Beliau juga akan membuktikan bahawa kaum Nasaara (Kristian) salah kerana berlebih-lebih (gulw) terhadap beliau dan mengatakan beliau tuhan, atau anak tuhan, atau tiga didalam tiga. Nabi saw bersabda :'Demi yang tangannya berada di jiwaku, anak Maryam akan turun disisi kamu dan akan menegakkan keadilan. Dia akan memecahkan salib, membunuh babi dan menghapuskan jizyah, dan harta akan menjadi tersebar sehingga tiada seorang yang akan menerimanya.' - (Mutafaq a'laih, riwayat Muslim no:155)"

-------
Hukum bagi yang mengatakan Nabi Isa a.s. telah wafat

Bagi penjelasan ini, kami memetik fatwa bernombor 2190 yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daai'mah Arab Saudi (3/292) :

ما حكم من قال : إن عيسى قد مات؟

Apa hukumnya mereka yang berkata : Isa telah mati?

ثبت بالأدلة من الكتاب والسنة الصحيحة أن عيسى ابن مريم عليهما السلام لم يقتل ولم يمت، بل رفعه الله إليه حيا، وأنه سينزل آخر الزمان حكما عدلا في هذه الأمة، فمن قال : إن عيسى ابن مريم قد مات وإنه لا ينزل آخر الزمان فقد خالف كتاب الله وسنة نبيه محمد صلى الله عليه وسلم وأخطأ خطأ فاحشا، ويحكم بكفره بعد البلاغ وإقامة الحجة عليه لتكذبينه الله ورسوله.

"Telah thabit dari daili-dalil dari Al-Quran dan Sunnah bahawa Isa Ibn Mariam a.s. TIDAK DIBUNUH dan TIDAK MATI, akan tetapi Allah swt telah mengangkatnya (naikkan) hidup-hidup, dan dia akan diturunkan di akhir zaman sebagai hakim kepada keadilan umat. Maka sesiapa yang berkata : Isa Ibn Mariam a.s.telah mati dan tidak akan diturunkan pada akhir zaman adalah bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw dan ia merupakan satu kesalahan yang amat serius, dan dihukum kufur setelah mana di beri peringatan dan maklum balas kerana ia nya membohongi Allah dan Rasulnya"

----
Apakah Nabi Isa a.s. akan wafat?

Sebagai makhluk Allah swt, setiap yang bernyawa akan menghadapi kematian. Begitulah keadaan keatas Nabi Isa a.s., setelah selepas menegakkan keadilan dimuka bumi pada Akhir Zaman nanti, beliau akan dimatikan. Jenazahnya akan disolatkan dan kafankan oleh orang Islam. Disana ada hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad (no:9349) :-

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( أنَا أَوْلَى النَّاسِ بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ لأَنَّهُ لَمْ يَكُنْ بَيْنِي وَبَيْنَهُ نَبِيٌّ . . . ثم ذكر نزوله عليه السلام في آخر الزمان . ثم قال : فَيَمْكُثُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَمْكُثَ ، ثُمَّ يُتَوَفَّى فَيُصَلِّيَ عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ وَيَدْفِنُونَهُ) . صححه الألباني في السلسلة الصحيحة (2182) .

"Dari Abu Hirairah bahawa nabi saw bersabda :'Aku orang yang rapat dengan Isa ibn Mariam kerana sesungguhnya tiada Nabi antara beliau dan aku....' kemudian beliau menyebut berkenaan dengan penurunan Isa a.s. pada akhir zaman. Kemudian bersabda : 'Beliau akan berada selama dikehendaki oleh Allah dan kemudian akan mati dan orang-orang Islam akan melakukan solat jenazah dan mengkebumikan beliau" - [hadith dikelaskan oleh Al-Albani sebagai Sahih didalam al-Silsilah al-Saheehah (2182)].
---------

Kesimpulannya, Nabi Isa a.s. telah diangkat kelangit dalam keadaan beliau masih hidup dan akan diturunkan bagi menegakkan keadilan di akhir zaman, kemudian beliau akan dimatikan dimana jenazahnya akan disolat dan dikafankan oleh orang-orang Islam.

Rujukan :

1. Perisian Tafsir Al-Quran. Al-Harf.

2. Sheikh Muhammad ibn Ibrahim al-Tuwayjri. Usool al-Deen al-Islami. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=10277&dgn=3&dgn=2

3. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta - 4. Riyad : Dar Al-Mu'ayad, 2000. ms 480.

0 comments:

Post a Comment