Dec 27, 2008

Maksud Makrifat

Assalamualaikum,

Saya ingin kemuka persoalan mengenai maksud makrifat kerana mengikut Kitab Minhajul Abidin soal makrifat serta ilmunya adalah basis untuk ibadah yang lengkap terutama dari segi tauhid kalau tidak silap saya.
JKK

--------
Jawab:

Benar sekali, Bab kepentingan ilmu dan Makrifah itu adalah bab Pertama dari Kitab Minhaj alAbidin (Metode ahli Ibadah). Begitu juga bab pertama dari Kitab Agungnya, Ihya' Ulumiddin juga adalah bab Ilmu. Dalam bab pertama dari kitab Minhaj ini Hujjatul Islam alGhazali menulis perihal kepentingan ilmu pengetahuan sebelum ibadah. Ilmu adalah imam kepada amal ibadah, malah amal adalah makmum kepada ilmu. Hasan alBasri yg dipetik oleh alGhazali berkata,"tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadah. Adapun makrifah itu adalah ilmu yg paling utama dalam saranan menuntut ilmu dan ia bermaksud ilmu Tawheed. Rumusan: bab pertama kitab Minhaj alAbidin alGhazali menyebut mengenai kepentingan ilmu yg sentiasa berganding (sama kuat) dgn amal ibadah, tapi ilmu menjadi Imam kepada ibadah. Manakala ilmu Tawheed pula menjadi penghulu segala ilmu kerana dari ilmu tawheed ini abid dapat mengenal Tuhan yg Esa. WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment