Jan 20, 2009

Kitab Tajul Muluk

Salam
ustaz, biasanya org tua dulu -dulu (terutamanya ditempat asal saya kedah) menjadikan membaca kitab tajul muluk sebagai amalan harian. arwah nenek saya juga termasuk dlm golongan ini. baru2 ini saya ada mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa kitab tajul muluk banyak menyeleweng. saya tidak dpat mencari kitab ini (termasuk kepunyaan nenek yg telah hilang). justeru, dapatlah sekiranya ustaz memberikan sedikit penerangan samaada kitab ini menyeleweng atau tidak.

sekian. t'kasih
Wassalam

****************
Salam
Alhamdulillah inilah jawapannya:

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ada memberikan jawapan mengenai masalah yang sama. Berikut ini saya berikan petikan jawapan darinya:

Quote:
Kitab Tajul Muluk dan Mujarrobat pula boleh dikatakan banyak terpengaruh dengan ilmu astrologi. Kajian yang lebih mendalam perlu untuk menentu kesahihan sumber dalam Islam. Kitab al-Quran pula diturunkan bertujuan memperbaiki jiwa manusia dan mendidik mereka berdasarkan panduan Ilahi.
Bagaimanapun, ada kalanya ia digunakan sebagai tujuan perubatan dengan memetik ayat bersangkutan. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah amalkan pembacaan surah al-Ikhlas dan al-Ma’udhatain (surah al-Falaq dan an-Nas) dan kemudian dihembus ke tapak tangan dan seterusnya digosok ke seluruh badan. Seorang sahabat pernah membaca surah al-Fatihah untuk tujuan perubatan. Semua diketahui dan Rasulullah tidak pula melarangnya.
Bagaimanapun, terdapat hadis melarang memakai tangkal dan azimat sehingga dikatakan membawa kepada syirik. Larangan itu tepat untuk mengelakkan Muslim daripada mengamalkan amalan jahiliah. Amalan jahiliah melihat adanya kuasa ghaib di sebalik tangkal dan sebagainya.
Bagaimanapun, sebagai seorang Muslim kita mempercayai hanya Allah yang berkuasa. Apa yang berlaku berdasarkan kehendak-Nya semata-mata.


Ini bermakna kitsa berkenaan mengandungi ilmu astrologi. Ilmu dijelaskan spt berikut:

Quote:
kedudukan ilmu falakiah sama dengan astrologi. Astrologi asalnya daripada kata aster yang bererti bintang, dan logos yang bererti ilmu. Jadi astrologi ialah ilmu mempelajari pengaruh kedudukan bintang atau planet terhadap kehidupan manusia.
Ia adalah ilmu nujum (ilmu peramalan berdasarkan kajian bintang). Seiring dengan astrologi ialah horoskop. Ia berasal daripada kata hora, bererti masa atau waktu, dan skopos, bererti melihat.
Jadi horoskop ialah pengamatan kedudukan planet dan bintang berdasarkan waktu tertentu (tarikh dan masa kelahiran seseorang) untuk meramalkan kejadian yang akan datang.
Kelahiran astrologi berhubungan erat dengan agama kuno yang memuja matahari, bulan, dan bintang sebagai dewa-dewi. Berasal dari Mesopotamia, ia kemudian tersebar ke Yunani. Setelah mengalami perkembangan pesat melalui Byzantine dan Helenisme, astrologi masuk ke Arab.
Ia kemudian kembali ke Barat pada Abad Pertengahan dengan berlaku campuran antara unsur Arab dan Kabbalistik Yahudi. Kata Kabbala yang bererti tradisi atau ilmu rahsia Yahudi yang mencuba menerangkan kitab suci dengan angka atau huruf ajaib.
Kajian secara saintifik mengenai kedudukan bintang dan pergerakannya yang menurut hukum tertentu sekarang dipanggil astronomi. Astronomi diterima baik Islam. Ia dikenali sebagai ilmu falak.
Bagaimanapun, astrologi ditolak kerana percaya pada perjalanan bintang yang mempengaruhi kehidupan manusia. Sedangkan Allah tidak menjadikan bintang untuk menentukan kehidupan manusia. Begitu juga penetapan tingkah laku dan untung nasib seseorang bukan berdasarkan bentuk anggota seseorang


Sekian, Wassalam

Rujukan:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Fikrah/20040507104057/Article/indexs_html

6 comments:

Anonymous said...

mcm tman lelaki sy ni, dia slalu rjuk ktab tajul muluk, bl nk mmulakn ss1 pkara yg agk ptg. Bla dtnya, dia akn ckp hnya suke2. Walhal da jd amln.....pew hukum nyew?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum, keluarga teman lelaki saya melakukn raksi (terdapat dlm kitab ni) trnyata nama kami tidak sepadan dan diberithu jika kami berkahwin akn trjdi masalah dan bercerai. Apakah hukumnya mmpercayai dan ianya dilakukan oleh tok guru yg merupakan org alim dan dihormati.

Anonymous said...

Assalamualaikum, keluarga teman lelaki saya melakukn raksi (terdapat dlm kitab ni) trnyata nama kami tidak sepadan dan diberithu jika kami berkahwin akn trjdi masalah dan bercerai. Apakah hukumnya mmpercayai dan ianya dilakukan oleh tok guru yg merupakan org alim dan dihormati.

Adhha said...

Bintang 12, tajul muluk, ilmu tilik keserasian nama, percaya pada angka (nombor) syirik dan haram.

atexin said...

tajul muluk ni byk ajar ramalan. jadi jangan percaya. ramalan adalah haram dalam islam sebab apa yang akan terjadi tu hanya Allah yang mengetahui. nak beramal elok rujuk pada amalan rasulullah saw. saya sarankan kitab perisai muslim.

Post a Comment