Jan 23, 2009

Boleh Taqqiyah?

Salam
Dalam mendekati manhaj salafi, kita akan bertembung dgn amalan2 kebiasaan masyarakat yg kadangkala bertentangan dengan amalan Nabi...Masalahnya kadangkala aktiviti ini dianjurkan oleh orang2 atasan kita seperti pihak pentadbiran, pakcik2 kita, orang2 senior dalam jabatan etc. yg agak kurang wajar untuk kita menolaknya (ataupun kalau kita menolaknya, jawabnya kena buat surat tunjuk sebab!)...Jadi dalam hal ini, dibolehkan ke kita ikut aktiviti2 ini, tapi dalam keadaan "taqiyah"???...

*********
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Kebanyakkan aktiviti keagamaan orang Melayu sudah menjadi sebahagian dari adat; contohnya Majlis Bacaan Yasin, Majlis Tahlil dan Kenduri Arwah dsb. Dimajlis tersebutlah terjalinnya ikatan ukhwah, silatul rahmi, dsb.

Majlis tersebut kebanyakkannya melibatkan unsur khilafiyah seperti menyampaikan pahala kepada si-mati dan berzikir dan membaca yasin secara berkumpulan. Anda boleh berada bersama majlis tersebut selama-mana ia tidak melibatkan perkara mungkar dan syirik, atau amalan-amalan pelik yang tidak ada dalil dari Nabi saw. Perkara furu' (cabang) ini tidak perlu diperpanjangkan.

Didalam sebuah fatwa yang di keluarkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, yang diketuai oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi menyebut :- Melakukan zikir berkumpulan dibenarkan selama-mana kondisi berikut dipatuhi :-

a. Zikir tersebut bebas dari mungkar atau amalan yang bercanggah dengan akidah islam, seperti menjerit dan menyanyi lagu-lagu cinta.

b. Zikir tersebut hendaklah dilakukan menggunakan perkatan atau lafaz yang dibenarkan idalam syariat, dan bukan perkataan yang tidak jelas maksudnya atau bunyinya.

Keberadaan anda dimajlis tersebut sekurang-kurangnya merapatkan ukhwah Islamiyyah dan boleh menerapkan secara halus sunnah yang sebenar kepada mereka. Mungkin apabila tiba peluang anda pula untuk mengadakan majlis pertemuan, bolehlah anda isikan dengan ceramah atau tazkirah yang dapat menyedarkan mereka mengenai pengamalan sunnah; contohnya adab berzikir, pentingnya beramal mengikut sunnah, bahaya hadith palsu dsb.

Ada setengah-setengah pihak (bukan semua) pengamal sunnah yang juga dikenali sebagai kumpulan salafi sering-kali membuat masyarakat menjauhkan diri daripada mereka, lebih-lebih cara kumpulan ini menegur mereka. Kadang-kadang approachnya terlalu kasar dan tidak enak didengari. Maka timbul gap atau ruang yang besar didalam masyarakat Islam. Sudahlah umat Islam tertindas, sesama Islam juga bertelagah diantara satu sama lain. Dakwah kena dengan penuh kebijaksanaan dan berhikmah. Kita kena pastikan adakah ini khilaf atau bid'ah. WA.

Sekian, wassalam
========

1. الذكر الجماعي وضوابطه
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528607756

2. Making Dhikr in a Group: Bid`ah?
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544370

3. هل يجوز الذكر فى جماعة؟
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528601626

0 comments:

Post a Comment