Jan 23, 2009

Kekasih Allah

Assalammualaikum..
Saya ada sikit persoalan utk akhi2 di al-ahkam...istilah 'kekasih Allah' tu hanya digunakan utk para Nabi dan Rasul aje ke?Boleh tak kita rujuk diri kita sbg kekasih Allah?Contohnya macam dalam doa.Saya sedikit musykil sbb saya ada terbaca komen yang menyatakan hanya para Nabi dan Rasul yang boleh digelar sbg kekasih Allah...sekian Wassalam...

************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamduillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr irzan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Seorang hamba juga oleh digelar kekasih Allah swt jika Allah swt mencintainya. Hamba Allah swt boleh mengharapkan agar Allah mencintainya dengan melaksanakan syarat2 yang dikehendaki oleh Allah swt, cuma Allah swt sahaja yang boleh mengesahkan cinta tersebut. Firman Allah swt :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Aal-Imran :31]

Mengikuti sunnah2 Nabi saw merupakan jalan pembukaan Allah swt mencintai seseorang. Seseorang juga digalakkan melakukan ibadat2 sunat. Ibadat2 sunat ini membawa kepada kecintaan kepada Allah swt sebagai sebuah riwayat didalam Hadith Qudsi, Allah berfirman :-

وما زال عبدي يتقرب إليَّ بالنوافل حتى أحبَّه
"Hambaku masih menghampiri kepadaKu dengan melakukan amalan sunat (nawaafil) sehingga aku mencintainya"

Untuk seseorang itu dikurniakan kecintaan Allah swt, dia juga hendaklah mencintai sesama Islam, menghulurkan bantuan kepada mereka dsb. Sabda Nabi saw, bahawa Allah berfirman :-

حقَّت محبتي للمتحابين فيَّ ، وحقت محبتي للمتزاورين فيَّ ، وحقت محبتي للمتباذلين فيَّ ، وحقت محبتي للمتواصلين فيَّ
"Cintaku dijamin bagi dua orang yang mencintai satu sama lain keranaKu, Cintaku dijamin bagi dua orang yang menziarahi satu sama lain keranaKu, Cintaku dijamin bagi dua orang yang menhubungkan silatulrahim keranaKu" [Hadith diRiwayatkan oleh Ahmad, 4/236, dan hadith dikelaskan sebagai sahih oleh Syeikh Nasyiruddin al-Albani didalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib].

Kesimpulannya, seseorang itu boleh menjadi kekasih Allah swt dengan mentaati suruhannya dan sunnah2 Nabi saw, melakukan banyak amalan2 sunat, mencintai sesama orang Islam dsb. Insyaallah, dengan izinnya, seseorang itu boleh menjadi kekasih Allah swt.
------------------

Mengenai Nabi Muhammad saw sebagai kekasih Allah swt; terdapat ulama' mengatakan bahawa pada hakikatnya, ia lebih daripada cinta. Ulama' menganggap bahawa gelaran "Rakan Karib Allah" lebih utama dari "Kekasih Allah". Ini telah dibincangkan oleh beberapa ulama', contohnya Majmu' Fataawa Ibn Taimiyah (10/204) dan Rawdat al-Muhibbiin karangan Ibn Qayyim (1/49). Ibn Qayyim mengatakan bahawa "Cinta" itu umum akan tetapi "Rakan Karib" itu lebih khusus. Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin rh :-

النبي صلى الله عليه وسلم حبيب الله لا شك فهو حاب لله ومحبوب لله ، ولكن هناك وصف أعلى من ذلك وهو خليل لله ، فالرسول صلى الله عليه وسلم خليل الله كما قال صلى الله عليه وسلم : " إن الله اتخذني خليلاً كما اتخذ إبراهيم خليلاً " رواه مسلم ( 532 ) . والخلة هي كمال المحبة .
"Nabi saw tidak syak lagi adalah kekasih Allah, dia mencintai Allah dan Allah mencintainya. Akan tetapi disana ada diskripsi yang lebih tinggi daripada itu itu Khalillullah (Rakan Karib Allah), maka Rasulullah saw adalah Khalillullah sebagaimana sabda baginda saw :'Sesungguhnya Allah telah mengambilKu sebagai Rakan Karibnya sebagaimana mana Nabi Ibrahim Rakan Karibnya" [Hadith riwayat Muslim #532]. Rakan Karib adalah lebih sempurna dari kekasih" [Majmu' fataawa Ibn Utsaimin, 1/319].

Kata Syeikh Utsaimin rh lagi :

وهذا أعلى من قولنا : حبيب الله لأنه متضمن للمحبة ، وزيادة لأنه غاية المحبة
"Dan ini lebih baik dari berkata : Kekasih Allah kerana sesungguhnya (Rakan Karib) ia memasukkan (include) cinta, dan lebih, kerana ia merupakan matlamat cinta"

----------------
Kesimpulannya, orang Islam yang mukmin boleh berharap (berdo'a) menjadi kekasih Allah dengan melaksana perkara2 yang menyebabkan Allah cinta kepadanya. Akan tetapi gelaran Khalillullah hanya dikhususkan kepada Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw. Wallahu A'lam

wassalam

0 comments:

Post a Comment