Jan 23, 2009

Mimpi Jumpa Allah

Salam

Dikatakan terdapat dalam kitab ihya' bahawa imam ahmad telah bermimpi berjumpa/mendengar suara Allah.
adakah terdapat hadith sahih berkenaan mimpi jumpa Allah?

********
izrail
Panel Feqh
Bismillah,
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Tajuk ini telah dibincangkan dalam forum al-ahkam.net.

Berikut adalah kesimpulan yang dirumuskan oleh Syeikh THTL - hafizahullah -:

ana telahpun membaca Buku Syaikhul Islam Abul Abbas Taqiyuddin Ibn Taymiyah al-Harani dalam Bayan Talbis Jahmiyah dan selepas diskusi dengan Kapten Hafiz dan beberapa pakar salafi merumuskan:

1. Allah SWT dapat dilihat di Akhirat dgn penglihatan hakiki (mata kepala). Ini adalah ijma' (Syarh Sunnah/870 dari Imam Malik ra)

2. Melihat Allah di dunia dalam keadaan yaqozah (sedar) tidak mungkin. Kata Imam Ahmad Ibn Hanbal, ia adalah ijma'. (al-Qurthubi, al-Jaami' (7/38)

3. Adapun melihat Allah dalam mimpi juga adalah mungkin menurut kesepakatan ahli sunnah wal jama'ah (syarh Sunnah, 12/227/280). Kata Ibn Hajar, tidak ada perselisihan di kalangan ulama atas kemungkinan melihat Allah dlm mimpinya. (al-Fath (14/416, edisi Darul Fikr)

Isu Utama: apa yg boleh dilihat dalam mimpi melihat Allah?

Kata imam salaf, ia bukanlah Dzat, tapi cuma sebahagian dari gambaran atau permisalan atau gambaran ata lintasan-lintasan hati.

Rumusan Ibn Taymiyah dalam Bayan:

" yg mampu dilihat ialah gambar-gambaran (images), perbuatan2 dan suara-suara yang merupakan sebuah refleksi dari hakikat yg sebenarnya."


Rumusannya:

Mimpi melihat Allah dalam mimpi adalah disepakati dan suatu maqam yg tertinggi kepada wali Allah, tapi ia bukanlah melihat Dzat, cuma ia melihat secara abstrak. Dasar keimanan ialah melihat Allah dgn mata kepala hanya berlaku di Akhirat. selesai

lihat:
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=75076&highlight=&sid=247beb046745566f5f1c832eba4500b3#75076

Wallahu a3lam

1 comments:

Anonymous said...

bagai mana jika anda bermimpi melihat kalimah ALLAH di langit dan terdapat juga ayat ayat lain yang saya tidak dapat mengingatinya???

Post a Comment