Dec 29, 2008

Ilmu Rahsia

Assalamualaikum,

Ada dipendengarkan mengenai urusan dunia maupun akhirat mengenai "ilmu Allah" yang dikhaskan kepada hambanya yang terpilih yang mana ilmu adalah "rahsia Allah" cthnya apabila diperbincangkan mengenai ilmu contohnya yang terdapat dan diberikan kepada para wallilulah. Cuma isu ini saya ketengahkan adakah serta apakan status "ilmu tersebut" jika terdapat dalam agama.Apakah komen panel terhadap isu ini.

Jazakallah

---------
Wassalam

Jawab:

Yang banyak menyibarkan ilmu khusus dan ilmu 'am, zikir khusus, zikir 'am adalah kaum tariqat. kaum tariqat yg songsang mendakwa syaikhnya menerima ilmu khas atau menerima aurad dan kumpulan zikir2 khusus secara langsung dari Allah atau dari Nabi saw.

Tidak ada ilmu rahsia. Allah perintahkan IQRA' (bacalah, Surah alAlaq) dan alQalam (demi pena, surah alQalam) dan ilmu dibahagi dua: ilmu fardhu 'ayn dan fardhu kifayah. Semua orang Islam diwajibkan menuntut ilmu (alhadis)Tahyul ilmu khusus yg hanya boleh didapati dgn bertapa yg membolehkan si fulan itu berjalan di atas air dan terbang di udara adalah metos sahaja. Dalam ilmu fardhu 'ayn itu, ilmu Tawheed adalah ibu segala ilmu. Ilmu tawheed akan membuka rahsia alam ghayb dan ilmu fardhu kifayah (sains, biologi, chemistry, engineering) akan membuka rahsia alam nyata (dgn penerokaan bumi, dasar laut dan angkasa lepas). Itu sahaja konsepnya. Hari ini umat Islam jahil ilmu fardhu ain dan jauh ketinggalan dalam ilmu fardhu kifayah (Ibn Qayyim, Ightsah alLahafan; Ibn jawzee, Talbis Iblis) WA

0 comments:

Post a Comment