Jan 23, 2009

Takdir Ilahi

kata orang sesuatu yang terjadi itu adalah takdir ilahi dan takdir ilahi tidak boleh diubah....aik!luper nak bagi salam....
Salam

soalan saya adalah,adakah perogol,pembunuh,peliwat,pe'sekodeng' dan segala 'pe' telah ditakdirkan untuk merogol,bunuh,liwat?adakah takdir ilahi boleh berubah melalui godaan syaitan :hesitantdevil: ???Contohnya si A ditakdirkan menjadi orang baik tetapi akhirnya menjadi orang jahat akibat dihasut syaitan....

Wassalam
_________________
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Petapa dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kami kira terdapat 2 - 3 topik disini yang menceritakan tentang taqdir dan kami akan cuba menjawab soalan ini secara ringkas. Kita ambil pegangan yang dibawa oleh ulama'-ulama' Ahlu Sunnah seumpamannya yang diulaskan oleh Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi :-

ونثبت للإنسان إرادة مرجحة، وقدرة مؤثرة في مقدورها بإقدار الله وتمكينه سبحانه
"Manusia tetap mempunyai keinginan yang hendak dilakukan dan memiliki kemampuan yang dapat mempengaruhi takdirnya dengan izin dan kekuasaan Allah swt."

Tambah beliau :

إن الأخذ بالأسباب لا ينافي في القدر بل هو من القدر أيضا
"mencari sebab (atau memilih) tidak menafikan al-Qadar, bahkan ia termasuk al-qadar juga"

Secara ringkasnya, Allah swt telah mencipta manusia mempunyai kemampuan dan keinginan. Berdasarkan ini manusia membuat pilihannya dengan izin Allah swt. Pemilihan itu sendiri menunjukkan lari dari sesuatu Qadar kepada satu Qadar yang lain, sebagaimana yang telah dijelaskan di SJ-01-0025 didalam hadith Umar ra membatalkan keputusan masuk ke Syam kerana wabak Taun. beliau disoal, kenapa lari dari Takdir, lalu beliau menjawab : "Ya, Lari dari Qadar Allah kearah Qadar Allah [juga] (نعم، نفر من قدر الله إلى قدر الله، )".

Allah swt turunkan Rasul-rasul untuk membimbing manusia. Keupayaan yang diberikan kepada manusia menyebabkan ada dikalangan mereka yang memilih kejalan kebenaran dan ada yang memilih jalan kesesatan. Firman Allah swt :-

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga" - [Surah Al-Isra' : 7]

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ
"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya."- [Surah al-Fushshilat : 46]

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan juga banyak, dan termasuklah godaan Syaitan yang berbangsa Jin dan juga Syaitan yang berupa Manusia (eg: kawan-kawan yang jahat). Berdasarkan akal yang dikurniakan Allah dan ilmu-ilmu agama yang telah dipelajari kerana keinginannya, maka manusia akan melakukan pemilihan. Pemilihan itu juga merupakan satu perubahan dari satu Qadar dan Qadar yang lain.

Manusia tidak dijadikan seperti robot sebagaimana yang didakwa oleh Jabariyah. Manusia juga tidak diberi kuasa mutlak dimana Allah swt tidak campur langsung didalam urusan kebaikan dan keburukan, dengan erti kata lain, manusia itu mempunyai kebebasan yang mutlak sebagaimana pendapat kaum Mu'tazilah. Manusia juga tidak boleh menafikan aqal, keinginan dan kemampuan yang Allah swt berikan/ciptakan dan ia juga tidak menafikan bahawa Allah swt mengetahui semua perkara hingga sehalus-halusnya. Maka jalan yang sederhana ialah menyatakan bahawa manusia ialah makhluk istimewa yang dijadikan oleh Allah yang dapat melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah swt sebagaimana yang berpandu kepada al-Quran dan juga sunnah Nabi saw. Dengan menggunakan akal, keinginan dan kemampuan, dan berdasarkan syariat yang di turunkan oleh Allah swt, manusia akan menuju kearah membuat pahala kebajikan yang banyak didunia dan mengharapkan masuk syurga Allah swr. Kesemua ini berlaku didalam ruang lingkup Qadaa' dan Qadar Allah swt. Kita wajib yakin bahawa Allah swt tidak menzalimi mahkluknya. WA.

wassalam

p/s : Sila rujuk kepada beberapa url di bawah ini :-

1. SJ-01-0025 : Memilih untuk membunuh diri. Suatu takdir? - url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?p=32320

2. SJ-01-0020 : ala kasiiimmmmmmm!! - url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=23667

3. SJ-01-0015 : qadar dan qadar.. - url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26736

==============
Rujukan :

1. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Al-Iman bi Al-Qadar. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2000. ms 19.

0 comments:

Post a Comment