Jan 2, 2009

Berkenaan Takdir

Salam

saya ada kemushkilan mengenai dgn taqdir.. saya inginkan penerangan drpd panel2 al-ahkam... utk menerangkan tntng taqdir yg bleh brubah dan juga taqdir yg xbleh brubah.. drpd Quran n Sunnah.

Harapa Panel2 Al-ahkam bleh m'bantu.
-----------
Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjwab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Firman Allah swt :-

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاءِ وَالأَرْضِ إِنَّ ذَلِكَ فِي كِتَابٍ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

"Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah." - [al-Hajj 22:70]

Ayat diatas ini menjelaskan bahawa Allah swt telah menulis takdir di Luh Mahfuz sejakh azali lagi. Orang Islam hendaklah beriman bahawa apa yang berlaku adalah diatas kehendak Allah swt –

وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ

"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya dan Dialah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan)" - [al-Qasas 28:68]

Pusingan matahari pada orbitnya merupakan TAKDIR yang ditetapkan oleh Allah swt. Firman Allah swt :-

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;” – [surah Yasin : 38].

Ayat-ayat al-Quran diatas menunjukkan Takdir Allah swt yang tetap kepada makluknya.

Nanum demikian, Ahli Sunnah wa al-Jamaah percaya bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh memberi kesan kepada takdir. Diantaranya adalah dosa, Do’a dan bersedekah. Sabda Nabi saw :-

إن العبد ليحرم الرزق بالذنب يصيبه ، ولا يرد القدر إلا الدعاء ، ولا يزيد في العمر إلا البر

“Seseorang hambu itu boleh dihalang reskinya akibat DOSA yang dilakukan, dan tidak tertolaj QADAR seseorang itu melainkan dengan DO’A, dan tidak dipanjangkan umur melainkan dengan kabajikan yang dilakukan” [hadith Riwayat Ahmad dan Hakim].

Konsep ini bukanlah menolak qadar atau Takdir, malahan ini yang Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi menamakan sebagai : "mencari sebab (atau memilih) tidak menafikan al-Qadar, bahkan ia termasuk al-qadar juga. Konsep ini dapat didalam didalam kisah Umar ra, ketika berlakunya wabak di Syam, Umar ra bermesyuarat dengan para sahabat dan beliau telah mengambil keputusan untuk tidak masuk ke Syam dan pulang kepada kaum muslimin. Mendengar keputusan tersebut, seorang sahabat bertanya :

أتفر من قدر الله يا أمير المؤمنين؟ قال: نعم، نفر من قدر الله إلى قدر الله، أرأيت إن نزلت بقعتين من الأرض، إحداهما مخصبة والأخرى مجدبة، أليس إن رعيت المخصبة رعيتها بقدر الله، وإن رعيت المجدبة رعيتها بقدر الله؟

"Apakah engkau hendak lari dari Qadar Allah Ya Amirul Mukminin?" Berkata Umar "Ya, Lari dari Qadar Allah kearah Qadar Allah [juga], Apakah pandangan anda jika engkau turun pada dua petak tanah, yang satu subur dan yang satu gersang (kering kontang), bukankah jika engkau membajakan yang subur bererti engkau membajakan dengan qadar Allah? dan jika engkau membajakan yang tandus bererti engkau membajakkan dengan qadar Allah?"

Contoh lain yang mudah adalah ikhtiar manusia mencari ubat kepada penyakit. Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan : Ketika Rasulullah saw ditanya mengenai ubat dan sebab-sebab atau usaha yang mungkin dapat melindungi seseorang dari sesuatu yang tidak diingini dapat menolak takdir Allah swt, baginda menjawab dengan jelas "Ini termasuk qadar Allah”- Hadith riwayat Ibn Majah dan Tirmudzi. Jelas menunjukkan bahawa menjadi ubat juga termasuklah didalam qadar Allah swt.

Demikian merupakan penjelasan yang menunjukkan Takdir yang tetap dan Takdir yang berubah daripada satu qadar kepada satu qadar yang lain. Ahli Sunnah wa al-Jamaah percaya bahawa elemen-elemen seperti usaha, do’a, dosa dsb mampu memberi kesan kepada qadar. Penjelasan ini merupakan pengulangan dan petikan kepada beberapa siri jawapan yang lepas mengenai qadar dan qadar.

Berikut adalah tautan kepada perbincangan tersebut :-

1. SJ-01-0026 : Takdir ilahi(macam nama lagu jer....)
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27494

2. SJ-01-0025 : Memilih untuk membunuh diri. Suatu takdir?
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27478

3. SJ-01-0020 : ala kasiiimmmmmmm!!
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=23667

4. SJ-01-0015 : qadar dan qadar..
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=26736

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment