Jan 23, 2009

Tawassul Di Kubur Nabi

Saya ada mendengar ceramah yang diberi oleh seorang hamba Allah.
Antara ucapan beliau yang menarik perhatian saya ialah

"Dalam musnad imam Ahmad ada menyatakan ada seorang sahabat meletakkan muka beliau keatas makam nabi dan menangis2. Lalu datanglah Marwan Al-Hakam dan menarik sahabat itu. Rupa2nya sahabat itu ialah Abu Ayyub Al-Ansari."

"Daripada Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (fathul Bari) dan Imam Baihaqi.
seorang sahabat bernama bilal (bukan yg bin Rabah) datang ke makam Rasulullah semasa zaman kesulitan (satu masa dalam zaman Umar). Lalu beliau berdiri disisi makam nami lalu menyeru ya Rasulullah. Lalu belaiu mengadu masalah kesulitan yg berlaku kepada nabi."

daripada 2 pernyataan ini penceramah menyatakan boleh bertawassul kepada nabi dan org2 soleh walaupun sudah mati.

soalannya

1) Benarkah kenyataan tersebut di atas diucapkan oleh Imam2 berkenaan? agak sukar bagi Hamba untuk mencari kerana tidak belajar dalam bidang agama dan tidak pula memiliki kitab2 berkenaan.

2) Jika benar, adakah maksud daripada hadis berkenaan bukan merujuk kepada twassul?
_______________
thtl
al-Jawab:

1. Kisah Marwan alHakam dan Abu Ayyub ni kami tak dapat nak pastikan kesahihannya. ini kerana Abu Ayyub wafat ketika era pemerintahan Yazid bin Mu'awiyah dan dikuburkan di Kota Istanbul (wafat tahun 51 H), manakala Marwan mengambil alih teraju Dinasti Ummayah selepas kewafatan Yazid. Kisah Abu Ayyub menangis di pusara Nabi bukanlah dalil tawassul jika kisah ini benar. Ini kerana di zaman sahabat permasalahan tawassul di kubur tidak pernah berlaku. Bid'ah tawassul di kubur wali ni berlaku pada zaman kemudian.

2. Kisah Bilal bin Harith alMazny datang bertawassul ke kubur Nabi saw adalah kisah dha'if. kerana dalam rantaian sanadnya terdapat perawi bernama Malik adDar yang majhul (perawi yg tidak dikenali). Demikian kata al-Albani dalam kitabnya tawassul.

3. Perbahasan tentang tawassul kepada orang yg sudah wafat di kuburnya (termasuk Nabi dan para wali) sudah banyak kali dibahaskan. Sila browse atau search al-Ahkam guna search word,"tawassul' sekian WA

0 comments:

Post a Comment