Jan 17, 2009

Sifat Istiwa Allah

assalamualaikum..harap para masyeikh dapat berikan ulasan tentang hal-hal berikut :

1 - Allah wujud tanpa tempat sebelum Dia menciptakan tempat dan makhluk.
2 - Allah wujud tanpa tempat.
3 - Allah di atas Arsy di atas langit yang ke tujuh.

yang mana benar dan salah? berat sungguh dan malu untuk banyak bertanya perkara ghaib dan penting seperti ini tetapi kepalaku sungguh pening dan jiwaku tidak tenteram, takut tersalah pilih dan pegangan..iman masih rapuh dan kecut..wallahu'alam, harap dapat membantu..didahului dengan jazakallahu khairan..

********************
Allah Berada Di Atas Arsy?

Dan ini ialah petikan tulisan ringkas saya daripada apa yang dipelajari dalam daurah baru-baru ini. Moga bermanfaat:

"Method mudahnya ialah:

ASWJ@Manhaj Salaf beriman dengan apa yang datang daripada Allah swt DENGAN TIDAK menyamakan dengan makhluk (tasybih), DENGAN TIDAK menjadikan percontohan atau permisalan dengan makhluk (tamthil), DENGAN TIDAK menggugurkan makna atau huruf (ta’thil), DENGAN TIDAK mengubah ke makna yang lain(takwil) tanpa dalil, dan DENGAN TIDAK membayangkan bagaimana rupa bentuk (takyif) dan DENGAN TIDAK menyerahkan maknanya (tafwidh) kepada Allah.

Ustaz Arif menerangkan tafwidh adalah satu hal kita sering keliru, tafwidh yang diajar Manhaj Salaf ialah menyerahkan bentuk/takyif sifat-sifat Allah kepada Allah (yakni hanya Allah yang mengetahui bagaimana bentuk sifat-sifatnya) dan bukannya menyerahkan makna sifat-sifat itu kepada Allah (yakni bukan menyatakan bahawa kita tidak memahami maksud-maksud perkataan yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah itu.

Ustaz Arif menjawab syubhat yang dilontarkan kononnya sesiapa menetapkan sifat-sifat Allah seperti Tangan Allah, Kaki Allah, Allah BerIstiwa di atas Arsy dan lain-lain telah menyamakan Allah dengan makhluk. Ustaz Arif menjawab: Untuk menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain, ia memerlukan kepada Adat at-Tasybih contoh perkataan ’SEPERTI’. Contoh mudah, saya berkata comelnya lembu ini, kemudia datang seorang sahabat, saya kata comelnya dia. Apakah ini bermaksud saya menyamakan sahabat saya tadi dengan lembu? PASTI TIDAK! Hanya mereka yang berfikiran tidak waras akan menyatakan saya telah menyamakan sahabat saya dengan lembu. Untuk menyamakan sahabat saya sama dengan lembu ia memerlukan Adat at-Tasybih contohnya seperti ini ”Comelnya engkau SEPERTI lembu itu”.

Ustaz Arif menerangkan kita jangan sibuk-sibuk bertanya bagaimana bentuk sifat Allah, cukuplah dengan apa yang Allah khabarkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ini samalah seperti seorang murid, seorang guru memberitahu murid-murid di dalam kelas bahawa beliau terlewat kerana ada urusan keluarga. Itu sahaja yang diberitahu guru tersebut. Tiba-tiba seorang murid ini menyibuk-nyibuk pula ”Oh, cikgu bergaduh dengan suami cikgu ye” sedangkan itu bukan perkara yang perlu dibincangkan."

0 comments:

Post a Comment