Feb 1, 2009

Abdul Mutallib Islam?

Assalamuálaikum panel al-ahkam,

Saya ada membaca karangan Dr. Shawqi Abu Khalil, Atlas As Sirah An Nabawiyyah.
Dengan merujuk (At Tabari, 2/277), beliau menukilkan bahawa Abdul Mutallib pada penghujung hayatnya tidak mahu menyembah berhala, dan hanya percaya kepada Allah sahaja.

Adakah pendapat ini kuat? Bagaimana sikap ulama'islam terhadap ibu,ayah, dan nenda nabi Muhammad s.a.w?

Terima Kasih.

******************
izrail
Panel Feqh

Bismillah

Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim ada menyebut kisah di akhir hayat Abu Talib ketika Nabi SAW berulang kali mengajak beliau mengucap syahadah tetapi dibantah oleh Abu Jahal yang menyebut:


يَا أَبَا طَالِبٍ أَتَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ

"Wahai Abu Talib adakah kamu akan meninggalkan agama Abdul Mutalib?!"

Dan akhirnya Abu Talib mengaku dia masih di dalam agama Abdul Mutalib dan enggan untuk mengucap syahadah. Setelah itu Baginda SAW berazam untuk beristighfar ke atas Abu Talib tetapi Allah Taala menurunkan wahyu melarang dari beristighfar ke atas orang Musyrikin.

Jika agama Abdul Mutalib merupakan agama yang benar, sudah tentu Nabi SAW mengesahkannya dan tidak mengajak Abu Talib supaya mengucap syahadah. Keazaman Nabi SAW untuk beristighfar ke atas Abu Talib dan juga larangan Allah Taala dari beristighfar ke atas orang Musyrikin menunjukkan agama Abdul Mutalib merupakan agama yang salah.

Begitu juga ibu dan bapa Baginda SAW, sebahagian ulama berpendapat mereka berdua tidak beriman dengan bersandarkan hadith-hadith sahih dan sebahagian ulama lagi mengatakan mereka berdua beriman dengan bersandarkan hadith yang sangat dhaif.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- Tafsir Ibn Kathir: 4/221-223

2 comments:

Anonymous said...

As Salam. ada pendapat mengatakan bahawa agama ibu bapa Rasulullah SAW adalah autisme iaitu menyembah Tuhan yang Satu. adakah ini dikategorikan bahawa keduanya beragama Islam kerana pada zaman mereka Islam belum dimasyhurkan seperti zaman Rasululullah SAW?

Anonymous said...

Pada pedapat Saya Ibu Dan Ayah rasullullah meninggal Sebelum rasullullah diangkat menjadi rasul terakhir… pada masa itu Mereka menganut agama ajaran Ibrahim… bila rasullullah Sudah diutus maka wajiblah mereka Beriman Dgn Allah Dan Muhammad sebagai rasul terakhir… tp malang Abu talib Enggan…

Post a Comment