Jan 23, 2009

Bomoh

akum

bagaimana sikap kita terhadap pengamal tradisional secara rasukan...mereka ini didakwa telah dirasuk oleh roh orang alim ulama zaman dahulu dan hanya berniat untuk membantu atas kekuasaan allah...perkara ini amat ditekankan berkali2 iaitu bukan atas kuasa mereka tapi atas kekuasaan allah semata dan mereka hanya berusaha aje....ada yang mendakwa telah 'dimasukin' oleh sheikh kadir jalani, imam nawawi dsbg (boleh ke roh orang yg dah meninggal kembali ke bumi? lalu orang yang bermimpi berjumpa dengan nabi tu bagaimana?)...walaupun tak kurang juga ada yang lebih bersifat tahyul seperti dari kayangan dsbgnya..ini sudah jelas syirik....tapi bagaimana dengan golongan yang sebelumnya?

seolahnya seperti inilah....kita sakit kepala biasa2 saja....ubatnya makan panadol...hilang sakitnya....tapi yang menghilangkan tu ubat panadol tadi atau kuasa allah? yg saya paham panadol tu asbabnya dengan kuasa allah...lalu balik kepada kes tadi mereka hanya berusaha atas ilmu mereka(yela makhluk halus ni umur panjang ilmu banyak sama jgak kisah zaman nabi sulaiman denga istana puteri balqis....manusia zaman sekarang cetek ilmunya)...tapi baiknya sesuatu penyakit itu atas keizinan allah.....lalu bagaimana sifat kta kepada mereka ini? adakah ini muslihat setan/jin? bolehkah kita berubat dengan mereka selepas putus harapan dengan perubatan moden?....konpius la pulak...

***********
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan suffian79 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallah.

Kita lihat scenario yang sdr berikan :-

a. Manusia sakit kepala + Makan Panadol (yang diberikan oleh Doktor)
- makan Panadol = mengunakan (cara) ubat yang halal (sebagai sebab). Dengan Izin Allah sembuh.

b. Manusia sakit + menggunakan Bomoh/Kahin yang dikatakan dimasuki Roh orang alim
- Guna Bomoh - menngunakan cara yang haram. Akibat utama = Syirik kepada Allah; sebagaimana kehendak (perintah) Allah didalam al-Quran. Firman Allah swt :-

إِنْ تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءَكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ
"Kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamu sembah itu): Mereka tidak mendengar permohonan kamu dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu pohonkan itu dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu (wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha Mendalam PengetahuanNya." [Surah Faatir: 14]
---------

Disini, kita cuba menggunakan kaedah :

الغاية لا تبرر الوسيلة
"Matlamat tidak menghalalkan cara"

Didalam scenario (a), manusia menggunakan Ubat yang Halal dan menggunakan nasihat pakar doktor perubatan yang belajar didalam bidang tersebut. Seterusnya dia bertawakkal kepada Allah. Matlamatnya = Ingin sembuh, Caranya = menggunakan kaedah yang Halal, tidak mensyirikkan Allah dan tidak bergantung kepada kuasa ghaib yang selain dari Allah swt. Matlamat baik, cara pun betul.

Scenario (b), menggunakan Bomoh yang dikatakan dimasuki roh orang Alim. Matlamatnya = Ingin sembuh, Caranya = menggunakan kuasa ghaib yang tidak diketahui asal usulnya. Matlamat baik, tetapi Cara salah, amalan tersebut tertolak.

1. Secara LOGIK akal : Kalaulah boleh Roh kembali ke dunia, sudah tentu roh-roh tersebut akan menyuruh manusia bertaubat, dan menceritakan tentang betapa peritnya azab kubur, dan bukan membantu menyembuhkan penyakit yang dia sendiri tidak berupaya. Kalaulah boleh mendatangkan Roh, sudah tentu sebaik-baik roh ialah menghadirkan roh Nabi saw!! Ini satu penipuan Syaitan. Mana mungkin satu Alam yang lain boleh kembali kepada Alam yang lagi satu. Gambaran manusia (orang Mujrimun) hendak kembali dari alam Akhirat ke alam dunia telah dinyatakan oleh Allah swt, ternyata tidak boleh :-

وَلَوْ تَرَى إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin." [surah al-Sajadah : 12].

2. Bomoh atau Jin tidak mengetahui alam ghaib. Firman Allah swt :-

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
"Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! "- (An-Naml: 65)

3. Manusia dibenarkan meminta pertolongan daripada orang yang masih hidup; seperti minta pertolongan Doktor dsb. Tidak boleh memohon kepada mereka yang telah mati...Ini merupakan Tawassul yang di haramkan; syirik.

4. Nabi saw melarang umatnya berjumpa dengan Bomoh.

Nabi saw bersabda :

من أتى عرافا فسأله عن شيء، فصدقه بما قال، لم تقبل له صلاة أربعين يوما
"Sesiapa yang mendatangkan 'Araafaa (para Pakar ramal) dan bertanya dengannya mengenai sesuatu, mempercayai apa yang ia katakan, Solatnya tidak akan diterima selama 40 hari" - [hadith Riwayat Muslim].

Dan sabda Nabi saw :

من أتى كاهنا فصدقه بما قال، فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم
"Barangsiapa yang datang kepada kahin-kahin (Bomoh) dan percaya dengan apa yang dikatakan, maka telah kufur ia atas apa yang telah diturunkan kepada Muhammad saw"

Kesimpulannya : Tidak usahlah pergi kepada Bomoh yang mendakwa dimasuki Roh orang alim, kerana ini merupakan tipu daya syaitan. Dari firman Allah diatas (An-Naml: 65), kita tahu bahawa tidak ada sesiapa yang tahu perkara ghaib. Mana mungkin Syeikh Abdul Kadir al-Jilani rh. berbahasa MELAYU/JAWA?? Sudah tenu dia akan menutur bahasa Arab klasik zaman Iraq dahulu. Tidak ada sesiapa yang mengetahui dimana Roh-roh orang-orang alim berada. Sebagai orang Islam, tentukan matlamat kita betul, dan cara untuk sampai kepada matlamat itupun hendaklah tidak bertentangan dengan kehendak Islam. WA.

wassalam

0 comments:

Post a Comment