Dec 29, 2008

Perang Armageddon

Salam
Saya ingin meminta pendapat ustaz berkenaan "perang armageddon".... ini :svet


-----------
Wassalam

Jawab:

Armageddon ni dalam bahasa mudah ialah 'Mother of all Battle" Raja segala perang. Mana-mana perang melibatkan Baik vs Jahat (Good vs Evil) dinamakan Armageddon, maka perang epik dalam kitab klasik Hindu: Ramayana (King Rama vs Rawana) atau dalam trilogy 'Lord of the Rings" yg dipanggil Battle of the middle Earth juga adalah Armageddon.

Dalam kitab2 Injil (Bible) dan ramalan Nostradamus, Armageddon ialah perang mutlak antara Jesus Christ dgn Anti-Christ (Dajjal dalam istilah Islam).

Ia berlaku di sebuah lembah di Palestine bernama Megiddo (bahasa Ibrani/Hebrew). Imam alhafedz Ibn Qayyim (alManar alMunif) mengesahkan doktrin Injil bahawa mereka percaya akan turunnya Isa AS membunuh Dajjal.

Dalam Islam pula Armageddon ini juga suatu peristiwa akhir zaman yg ditunggu-tunggu. Siapakah alMahdi yg akan membunuh Dajjal ? Apakah pergolakan di Palestine sekarang menjurus kepada tercetusnya Armageddon? Banyak sekali buku2 ramalan ini terutama dari pengarang bernama Syekh Isa Dawud. Jumhur ahlis Sunnah dan ahli Hadis mengatakan Armageddon (perang muttakhir antara alMahdi dan Dajjal) ini suatu yg sahih dan mutawatir. Cuma ahlil kitab percaya 360 darjah bezanya dari umat Islam; manakala kaum Rafidhah (syi'ah) mempercayai 180 darjah (yakni alMahdi itu adalah Imam ke 12) dan jumhur ahli sunnah berselisih mengenai siapakah sebenarnya alMahdi almuntazar itu. WA

0 comments:

Post a Comment