Jan 14, 2009

Keliru Syurga Dan Neraka

Salam
Saya tebaca tentang kisah 2 sahabat,sahabat yang 1:jahat;sahabat yang ke2 soleh.Sahabat 2akan dimasukkan ke syurga tetapi apabila melihat sahabat 1 dimasukkan ke neraka,sahabat 2 pun menolak nutk ke syurga sebaliknya dia mahu ke neraka ntuk bersama sahabat 1.Akhirnya kedua dua sahabat itu dimasukkan ke syurga.

Yang menjadi persoalannya ialah:Bukankah soal kemasukan syurga atau neraka dijalankan ketika hari hisab tetapi mengapakah kejadian diatas ini berlaku sebelum kiamat?

Wassalam
_________________

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Petapa dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallah.

Menurut bekas pengerusi Lembaga Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqr bahawa kedua syurga dan neraka telah pun dijadikan. Seseorang itu diberitakan memasuki Syurga didalam tiga keadaan :

1. Didalam bentuk Roh : Sebagaimana Roh-Roh para syuhada' didalam burung-burung hijau yang berterbangan di syurga dibawah Al-Arasyh sebagaimana terdapat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lainnya. Roh-Roh syuhada' ini juga disifatkan oleh Allah swt hidup sebagaimana firmannya :

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
"

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." - [Aali - Imran : 169]

Kitab Tafsir Jalalain didalam mentafsir "hidup disisi Tuhan mereka" mengatakan :-

أَرْوَاحهمْ فِي حَوَاصِل طُيُور خُضْر تَسْرَح فِي الْجَنَّة حَيْثُ شَاءَتْ كَمَا وَرَدَ فِي الْحَدِيث

"Roh-Roh mereka didalam burung-burung hijau berterbangan didalam syurga dimana dia kehendaki sebagaimana terdapat (ceritanya) didalam hadith"

2. Masuk ke syurga sebelum kematian. Keadaan ini boleh terjadi kepada seorang didalam tidur (mimpi)nya, sebagaimana seorang itu tawaf mengelilingi bumi bagaikan burung, menjelaskan keadaan melihat sesuatu yang sukar terjadi dialam nyata. Nabi saw pernah melihat syurga didalam mimpi baginda saw. Dan mimpi-mimpi Nabi adalah merupakam wahyu dan ia adalah benar; baginda telah melihat al-Rumaysa' di syurga, beliau juga melihat istana kepunyaan Umar ibn Al-Khattab di syurga. Begitu juga Nabi saw menurut Sheikh Atiyah Saqr bahawa baginda melihat syurga dengan roh dan badan ketika peristiwa israa' dan mi'raj(دخل الجنة ليلة المعراج بروحه وبجسده على الصحيح). Memasuki syurga pada malam Isra' dan Mi'raaj merupakan satu kemuliaan Nabi saw

3. Memasuki syurga atau neraka selepas di hisab. Kesemua manusia akan memasuki Syurga atau Neraka secara roh dan jasad setelah melalui proses hisab pada hari Kiamat kelak, sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah swt didalam firmannya :

قَالَ اللَّهُ هَذَا يَوْمُ يَنْفَعُ الصَّادِقِينَ صِدْقُهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

"Allah berfirman: Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar." - [al-Maa'idah 5:119]

إِلَّا بَلَاغًا مِنَ اللَّهِ وَرِسَالَاتِهِ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا

"(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya) dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya Neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya.. " - [al-Jinn 72:23]

Termasuklah yang akan masuk neraka ialah dari kalangan jin. Cuma Nabi Adam sahaja menurut Ibn Qayyim sebelum dihantar ke bumi, pernah tinggal syurga, dan akan kembali masuk kedalam syurga kelak.

Secara umumnya, manusia akan menempuh beberapa alam sebelum memasuki syurga atau neraka. Akan tetapi, sebagaimana yang diterangkan didalam hadith bahawa roh-roh mereka yang mati syahid akan berterbangan didalam burung-burung hijau di syurga, begitu juga keistimewaan Nabi saw melihat syurga melalui mimpi, bahkan baginda saw pernah memasuki syurga pada malam Isra' dan mi'raj dan roh dan jasad beginda. wallahu'alam.

wassalam
==================
Rujukan :

1. Tafsir Jalalain. Beirut : Dar Al-Ma'rifah, 2002. ms 90.

2. Sheikh Atiyah Saqr. دخول الجنة قبل الموت. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=12005

0 comments:

Post a Comment