Jan 23, 2009

Memakai Perlembagaan Negara Kuffar

assalamu'alay-kum...

ana ada sedikit kemusykilan...

kita sedia maklum yg memakai pakaian spt mempunai tanda salib dan lambang² keagamaan agama lain... boleh membawa kpd rosaknya aqidah seseorang itu seandainya dipakai dgn sengaja dan org itu sedar dan tahu berkenaan perkara tersebut..

mslhnya... bgmana dgn memakai sesetengah jersi pasukan bolasepak misalnya... spt england... portugal.. yg mana lambang Pasukan Bolasepak itu sndiri yg mempunyai lambang salib ?

dan cth lain lg :

memkaian pakaian yg berlmabng bendera negara tersebut... cthnya swiss yg memang nyata ada lambang salib... ENGLAND ... yg jelas dgn lambang salibnya yg berwarna merah...

seandainya x boleh.... mcm mana dgn masy skrang yg rata² nya kini cukup ramai yg memakai pakaian sebgitu...?? terutamanya pakaian jenis JERSI ??

WA

************************
kamin
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan dan Ilmu yang terhad, Insyaallah.

Salib merupakan syiar orang Kristian. Memakainya termasuklah dkalangan golongan yang menegakkan syiar tersebut. Nabi Muhammad saw tidak akan meninggalkan sesuatu yang berbentuk salib kecuali memusnahkannya. Dari Ai'syah (r.a.) meriwayatkan :-

على أن النبي صلى الله عليه وسلم لا يترك الصليب إذا رآه في شيء إلا أزاله إما بالطمس له ، أو بالقطع إذا لم يزل بالطمس ، لأن الصليب مما عبد من دون الله تعالى ، فوجوده منكر لابد من تغيره هذا معنى كلام الحافظ في الفتح .
"bahawa Nabi saw tidak akan meninggalkan apa-apa didalam rumahnya apa-apa tanda salib tanpa memadamkannya - didalam riwayatkan - memotongnya". - [Hadith riwayat al-Bukhaari]

Memakai barangan orang kuffar juga menunjukkan kita meniru-niru cara mereka. Sabda Nabi saw :-

من تشبه بقوم فهو منهم
"Barangsiapa yang meniru-niru satu kaum maka dia termasuk dikalangan kaum tersebut" - [Hadith riwayat Abu Daud #3512; dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Albani].

Syeikh Ibn Taimiyyah didalam komentar terhadap hadith ini mengatakan bahawa : Ini paling kurang menunjukkan haram meniru-niru orang kafir, walaupun makna sebenarnya ialah barangsiapa yang meniru mereka juga adalah kafir". [Iqtidha' al-Siraat Al-Mustaqim, 1/237].

Pada prinsipnya, adalah haram bagi seseorag Islam memakai simbol-simbol agama orang lain; seperti lambang salib.

Didalam suasana masakini, terlalu banyak simbol-simbol salib ini terdapat dimerata-rata jenis barangan. Terdapat lambang salib di ubat Deitol, bendera-bendera, badge kelab sukan, kereta Alfa, badge sekolah, jam Swis, malah lambang-lambang salib ini juga terdapat pada dokumen-dokumen penting seperti Degree (Lambang Salib di logo Universiti, kebanyakkan Universiti di UK), Kad ID Universiti (yang mempunyai logo U bersalib) dsb. Malah ada dikalangan ulama mengatakan bahawa simbol-simbol salib yang sebegini bukan lagi melambangkan agama, akan tetapi ialah lebih mirip kepada kultur/kebudayaan. Ia berbeza dengan lambang salib yang di pakai oleh Paderi atau persatuan-persatuan Agama Kristian. Wallahu'alam.

Disini, kami paparkan beberapa pandangan ulama mengenai penggunaan barangan yang mempunyai simbol salib.

---------
(1) Pakar Fiqh Kuwait (ahli Ensaiklopedia Feqh Kuwait), Dr Ahmad Al-Haji Al-Khurdi pernah ditanya mengenai seorang teman wanita telah menghadiahkan medal dari negara Swis (yang terdapat lambang salib) kepada rakannya yang beragama Islam. Beliau menjawab :

فلا يجوز ذلك، ولك نزع الصليب منها إن أمكن، وإلا قإتلافها أو ردها لصاحبها.
"Tidak dibenarkan begitu, bagi kamu hendaklah mengeluarkan lambang salib jika dibolehkan, jika tidak, melainkan merosakkannya atau memulangkan kepada empunya barang"

Sumber Fatwa :: http://islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=6184#12201

--------
(2) Dr Ahmad Al-Haji Al-Khurdi juga pernah ditanya mengenai seseorang yang mendapati terdapatnya simbol salib pada bendera negaranya yang tersangat kecil, apakah boleh beliau menggunakannya. Dr Ahmad menjawab :-

فإذا لم يكن لاحتفاظك به ضرورة أو مصلحة هامة لك فالتخلص منه أولى تنزها
"Jika memeliharanya tidak terdapat sebarang dalurat atau maslahat penting kepada kamu, maka menanggalkannya adalah lebih utama "

Dengan katalain, jika ia bukan barangan keperluan, tidak menggunakannya adalah lebih diutamakan.

sumber fatwa : http://islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=6201#12238

----------
(3) Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh :-

"Tidak ada cara untuk membenarkan memakai pakaian yang mengandungi lambang salib. Orang Islam tidak dibenarkan memakainya oleh kerana ini dianggap sebagai menyebarkan agama orang lain dan mewakili aqidah yang bertentangan dengan al-Quran dan asas-asas Islam"

sumber fatwa : http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=109535

----------
(4) Syeikh Muhammad Al-Hanooti pernah ditanya mengenai sambutan kemerdekaan negara Norway dengan cara mengibar-gibarkan bendara Norway (yang mempunyai simbol salib), beliau menjawab :-

"Anda harus menjauhi dari mana-mana pakaian yang terdedah kepada simbol salib. Jika perkara itu anda tidak boleh melakukan apa-apa seperti bendera, maka ia dibolehkan kerana orang sekarang tidak melihat salib dibendera sebagai satu aktiviti keagamaan"

sumber fatwa : http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=wK6omh

----------
(5) Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi pernah dinyata oleh seorang pelakun yang melakunkan watak tentera Kristian didalam perang salib yang memakai pakaian yang ada lambang salib; beliau menjawab :-

إن هذا لا حرج فيه إن شاء الله، لأن المقصود من إظهار هذه الصلبان ليس تقديسها ولا تعظيمها -وهو ما يحرمه الإسلام على المسلم ويشتد في تحريمه- بل المقصود التمييز بين المسلمين وأعدائهم في لباسهم وشاراتهم وفي أعلامهم، وإبراز ذلك واضحا للمشاهد، وقد عرفت هذه الحروب باسم (الحروب الصليبية) لأنهم اتخذوا (الصليب) شعارا لهم، وجاؤوا من أوربا بقضهم وقضيضهم، رافعين لهذه الصلبان، فمن اللازم أن يبرز ذلك في العمل الفني، حتى تتجلى حقيقة الصراع بين الطرفين المتحاربين.
"Tidaklah menjadi hal Insyallah, sesungguhnya maksud memperlihatkan salib bukanlah tujuan mensucikan (taqdis) dan tidak mengagungkan (ta'zim) - ia bukanlah sesuatu yang diharamkan oleh Islam dan perkara yang sangat diharamkan keatasnya - bahkan ia bermaksud membezakan diantara orang Islam dan Musuh-musuh mereka didalam pakaian, lambang dan bendera-bendera, dan penampilannya jelas kepada para penonton, dan perang ini juga telah dikenali dengan namanya (Perang Salib) kerana slogan (salib) yang mereka bawa, maka salib tadi merupakan satu keperluan yang muncul didalam kerja-kerja Seni, sehinggalah konflik muncul diantara peperangan diantara kedua pihak itu".

sumber fatwa : Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Muasyirah - III. cetakan ke 2. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2002. ms. 396.

---------
Apa yang dapat kita lihat dari kenyataan ulama' ialah, jika terdapatnya simbol yang ada pada barangan atau pakaian, yang bukan merupakan keperluan, maka hendaklah dijauhi penggunaanya. Perkara seperti ini janganlah kita ambil mudah, oleh kerana simbol salib merupakan syiar agama mereka! Akan tetapi jika barangan tersebut seperti Certificate (eg: MCE), Diploma, Degree, Master Degree, PhD, Passport warganegara asing (yang mengandungi simbol salib pada logonya) dsb. yang merupakan barangan dan dokumen penting, bolehlah disimpan kerana memusnahkannya mendatangkan kemudharatan! Syarat yang diberikan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi ialah kita bukanlah memulia dan mensucikan lambang tersebut, malah ia hanyalah mewakili lambang kultur sesuatu Universiti atau Negara dan bukannya lambang agama. Sebagai seorang Islam, kita wajib menjauhkan diri dari unsor simbol-simbol salib ini bagi memelihara aqidah Islamiyah. WA.

wassalam


islam ,addeen dan millah

0 comments:

Post a Comment