Mar 22, 2010

Khilaf Akidah

Postby ajim »

salam ustaz..

apakah ada khilaf dalam soal akidah? dan adakah ia diiktiraf sebagai satu pebezaan pendapat yg dibenarkan menurut syara'?

http://www.ajimtajdid.blogspot.com


*********************************
Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Prinsip aqidah adalah - الأصل في العقيدة التوقف حتى يأتي الدليل / “Asal perkara Aqidah adalah terhenti, sehinggalah didatangkan dalil”. Dengan erti kata, persoalan aqidah ini tidak boleh ditokok tambah, melainkan didatangi dalil yang menjelaskannya.

Apakah dibolehkan wujud “khilaf” didalam aqidah? Jawapannya : Tidak boleh! Khilaf Aqidah secara bahasanya bermaksud “The disagreement of the belief” (خلاف العقيدة) atau perbezaan didalam kepercayaan. Istilah ini digunakan bagi membezakan Aqidah Islam dengan agama-agama lain. Misalnya, ada mazhab agama Kristian mempercayaai Tuhan itu Esa, akan tetapi menafikan kenabian Muhammad :saw. Ini dinamakan khilaf didalam Aqidah.

Contoh khliaf aqidah yang lain seperti konsep Taqiyah didalam Syiah Rafidah. Syiekh Atiyah Saqr rh memetik tulisan Pengerusi Sunni Pakistan, 1935, Mohammed Abdel-Sattar Altonsoi bahawa :-

التقية : وهى إظهار خلاف العقيدة الباطنة ، لدفع السوء عنهم
"Taqiyah : adalah menunjukkan perselisihan aqidah dalaman, untuk menolak keburukan jauh dari mereka"

Apa yang wujud didalam persoalan aqidah didalam agama Islam ialah, perbezaan method mempelajari Aqidah, sebagaimana pegangan Salaf dan Khalaf. Perselisihan ini timbul berkaitan dengan permasalah mentakwil sifat Allah swt. Ini berpunca dari pemahaman terdapat Bahasa Arab dan memahami nas-nas al-Quran dan Hadith.

Jumhur mengatakan bahawa perselisihan ini tidak membawa kepada kesesatan jika didasarkan dengan dalil dan bukan logik dan takwilan yang melampau-lampau.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila baca tautan dibawah :-

akidah asyairah salah??
http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com/2010/03/aqidah-asyairah-salah.html.

1 comments:

Unknown said...

Belajarlah dengan berguru , bertentang mata lebih baik, bohong kalau dikatakan susah nak cari guru di malaysia nh . sedangkan kerja pon boleh dicari , inikan pula guru yang mujtahid ,
sebab nanti akan dipersoal oleh allah ,
xkan nak luangkan masa sedikit utk belajar ngn guru pon xbleh , orang sekarang nih malas nak berusaha , mentang2 internet ada , semua nak tanya internet.
sebab itulahdunia sekarang, umat islam sudahjauh dari islam ,
soal agama di ringan2 kan ,
syariat di lupakan , agama dijualbegitu saja ,
masyaallah ,
wallahua`lam

Post a Comment