Jan 23, 2009

Menukar Mazhab

Salam

apakah hukumnya jika seseorang itu menukar mazhab lain?adakah perubahan ini akan merosakkan akidah?bolehkah kita mengikut cara mazhab lain bersolat yang agak lain sedikit dgn cara mazhab syafi'e bersolat?contohnya mazhab syafi'e kena qiam masa sembahyang tapi ada satu diantara 4 mazhab yang tidak buat qiam....Imam Syafi'e juga pernah sembahyang cara Imam Hanifah(mazhab hanafi) yang agak berlainan dgn caranya sendiri.....
:scratch:
Wassalam
_________________
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Petapa dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Hukum menukar mazhab yang tidak menyeleweng dari al-Quran dan sunnah Nabi saw tidaklah menjadi satu kesalahan. Ia bukanlah seperti menukar ke agama yang lain. Kalau seseorang itu menukar dari Mazhab Syafie ke Mazhab Syiah, maka sudah tentu ini tidak dibenarkan, kerana Syiah ternyata terkeluar dari aliran Ahl Sunnah wa al-Jamaah. Pada zaman dahulu, terdapat juga dikalangan ulama'-ulama' dari kalangan pengikut Mazhab-Mazhab tertentu melarang seorang muqalid (pengikut) mencampur adukkan Mazhab atau pun menukar Mazhab. Didalam salah satu kitab aliran Mazhab Hanafi, kitab al-Dur al-Mukhtar menyatakan bahawa akan dikenakan denda bagi sesiapa dikalangan Mazhab Hanafi menukar kepada Mazhab Syafie misalnya. Akan tetapi jelas pandangan ini tidaklah benar, kerana tidak ada dalil yang mengatakan demikian. Malahan, Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan bahawa bukan hanya terdapat 4 mazhab sahaja yang benar didalam dunia Islam ini, malah banyak sekali wujud.

Pada asasnya, ulama'-ulama' Mazhab ini berbeza mengenai perkara yang furu' (cabang) dan bukan perkara asas. Bahkan Imam-Imam Mazhab juga tidak memaksa pengikutnya hanya berpegang kepada pegangannya sahaja. Kita ambil beberapa contoh kata-kata Imam Mazhab ini :-

a. Imam Abu Hanifah rh berkata:
هذا رأيي فمن جاء برأي خير منه قبلناه
"Ini pandangan ku,. jika datang seseorang yang membawa pandangan yang lebih baik dariKu, maka terimalahnya"

b. Imam Maalik rh berkata:
إنما أنا بشر أصيب وأخطئ , فاعرضوا قولي على الكتاب والسنة
"Sesungguhnya aku seorang manusia yang mungkin betul dan mungkin salah, maka ukur perkataanKu dengan al-Kitab (al-Quran) dan al-Sunnah"

c. Imam Al-Shafie rh berkata:
إذا صح الحديث فاضربوا بقولي الحائط , وإذا رأيت الحجة موضوعة على الطريق فهي قولي
"Jika hadith itu sahih, maka tinggalkan perkataanku, jika kamu lihat dalil kukuh, maka itulah pandanganKu"

d. Imam Ahmad rh berkata:
لا تقلدني ولا تقلد مالكاً , ولا الشافعي , ولا الثوري , وتعلم كما تعلمنا
"Jangan ikutku secara membuta, dan jangan ikut Malik atau al-Syafie atau al-Thawri secara membuta. Belajarlah sebagaimana kami belajar"

Dan berkata Ahmad rh lagi:
لا تقلد في دينك الرجال , فإنهم لن يسلموا من أن يغلطوا
"Jangan mengikut seorang lelaki secara membuta berkenaan dengan agama kamu, kerana ia tidak selamat dari kesalahan"

-----------------------------
Seseorang itu berhak menerima dan menolak pandangan selagi ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Ini telah dinayatakan oleh Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah rh, katanya :-

وليس على أحدٍ من الناس أن يقلِّد رجلاً بعينه في كل ما يأمر به وينهى عنه ويستحبه إلا رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وما زال المسلمون يستفتون علماء المسلمين فيقلدون تارة هذا وتارة هذا ، فإذا كان المقلِّد يقلد في مسألة يراها أصلح في دينه أو القول بها أرجح أو نحو ذلك : جاز هذا باتفاق جماهير علماء المسلمين لم يحرم ذلك لا أبو حنيفة ولا مالك ولا الشافعي ولا أحمد .
'Tiada seorang kena mengikut perlu mengikut orang-orang yang tertentu samada larangan dan cadangan, selain dari Rasulullah saw. Seorang Islam hendaklah merujuk soalan mereka kepada ulama', mengikut yang ini kadang-kadang dan mengikut yang itu kadang-kadang. Jika seseorang pengikut mengambil keputusan pandangan seseorang Imam berkenaan dengan sesuatu perkara yang mana dia rasakan lebih baik dari segi komitmen agamanya atau lebih tepat dsb., maka dibenarkan menurut jumhur ulama' Islam, dan tidaklah Abu Hanifah, Malik, Al-Syafie atau Ahmad mengatakan bahawa mereka melarang" - [Majmu' Fatawa, 23/382].

Seseorang tidak boleh menukar pendapat semata-mata kerana sesuatu pandangan itu menyenangkannya atau dengan kata lain memilih sesuatu pandangan kerana ruhsahnya (keringanan) semata-mata. Kita boleh memilih sesuatu pandangan berdasarkan dalilnya yang terbaik dikalangan yang lain. Atau pandangan yang lebih benar. Syiekh Abdul al-Karim al-Khudayr mengatakan :

ليس بصحيح أن يختار المسلم أسهل الأقوال ، لأنه بهذه الطريقة يتنصَّل من التكاليف الشرعية أو جُلِّها ، لأنَّ أغلب المسائل العلمية مختلفٌ فيها سوى الأركان ، وقديماً قالوا _ من تتبع الرخص فقد تزندق _ وعلى الشخص أن يختار من أقوال العلماء أرجحها من حيث الدليل إن كان أهلاً للنظر والموازنة ، وإن لم يكن فعليه أن يُقلِّد أوثق العلماء في نفسه علماً ، وديناً ، وورعاً .
"Tidaklah benar bagi seseorang Islam itu memilih pandangan yang paling mudah, kerana dengan cara ini ia boleh terlepas dari tanggung jawab syariah, atau kebanyakkannya, kerana didalam kebanyakkan perkara - selain dari asas prinsip Islam - terdapat pelbagai pandangan. Pada masa lalu, mereka pernah mengatakan bahawa mereka yang memilih ruhsah (kemudahaan) telah menjadi terkeluar dari mereka. Adalah wajib memilih pandang ulama' yang lebih benar menurut dalil (bukti), jika seseorang itu berkelayakkan untuk memeriksa dan menimbang perkara tersebut. Jika seseorang itu tidak layak, maka hendaklah di mengikut pandangan ulama yang paling bagus pengetauannya, komited kepada Islam dan bertaqwa"

Tambah Syeikh Sa'd al-Humayd pula :-

لا يحلّ لك اختيار الفتوى الأسهل ، وإنما يجب عليك أن تتقي الله سبحانه ، ولا تلتفت لهوى النفس ، واعقد العزم على أنك ستتبع الحقّ وإن كان مُراً على نفسك ، ثم انظر في حال المُفتين وِفق أمرين مهمين :
1) التقى والورع والصلاح . 2) العلم
"Tidak dibenarkan anda mengikut fatwa yang mudah, malah anda hendaklah takut kepada Allah dan jangan menurut kehendak anda sendiri. Anda hendaklah berusaha mengikut yang benar walaupun pahit kepada anda. Mengenai mufti, anda hendaklah memilih 2 perkara utama : 1. Yang bertaqwa 2. Ilmunya"

Apa yang boleh kita garapkan dari pandangan ulama diatas ialah :

1. Umat Islam tidak dipaksa mengikut sesuatu pandangan sahaja tanpa mengetahui nas-nas yang memerintahkan untuk melakukan demikian.
2. Umat Islam dibenarkan memilih pandangan (nas) yang lebih baik dari kalangan Imam (mazhab dsb).
3. Tidak boleh memilih sesuatu pandangan kerana ruhsahnya/kemudahannya sahaja.
4. Jika tidak membuat pemilihan, ikutilah Imam yang lebih taqwa dan berilmu memimpin kita. Ulama menyebut :

على أن مذهب العامي مذهب مفتيه
"Mazhab orang awam ialah mazhab muftinya".

----------------------
Artikel baik yang anda boleh baca ialah fatwa Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam url dibawah :-

Bolehkah mengamal sesuatu yang bertentangan dengan mazhab empat - Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi
url : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=9433

Didalam soal-jawab yang lalu, saya juga ada memetik jawapan dari Utsaimin dari bukunya Al-Khilaaf bayna al-'Ulama' (Asbaabuhu wa Mawqifuna minhu), sila lihat SJ dibawah ini :

SU-00056 Hukum tak bertaqlid pada mana-mana imam
url : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=12593

Anda juga boleh melakukan Search di al-ahkam (di ruangan arkib soal-jawab fiqh) dengan menggunakan istilah TAQLID, ITTIBA dan TALFIQ. Contoh url yang boleh membatu anda memahami persoalan ini adalah :-

1. SJ – 2743 : MASALAH MAZHAB & PERBANDINGAN FIQH. oleh Ust Pendekar
url : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=16124

2. SJ – 2663 : BAGAIMANA HENDAK MEMILIH PENDAPAT DARIPADA BERBAGAI oleh Ust Pendekar
url : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=14947

3. SJ-2310: [U] Hukum Talfiq oleh Ustaz thtl
url : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=10877

4. SJ-1801: [U] soal pilih madzhab oleh Ustaz thtl
url : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=7844

5. SJ-1641: Perbandingan Mazhab & Fikrah Al-Ahkam oleh Ustaz thtl
url : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=7171

Insyaallah, moga-moga maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami permasalahan penukaran Mazhab. Selagi mana ia berlandaskan kepada al-Quran dan Sunnah, dan menjadi amalan para sahabat dsb, kita boleh mengikutinya, dan jika terdapat pandangan yang lebih benar daripadanya (lebih hampir kepada al-Quran dan Sunnah), maka adalah menjadi kewajipan kita menta'atinya. Kita dilarang dari memilih pandangan yang mudah dan sesuai dengan naluri kita tanpa melihat kepada nas-nasnya lebih dahulu. WA.

wassalam

0 comments:

Post a Comment