Jan 3, 2009

Hadis Fadhilat Sya'ban

Salam

Apahak status Fadhilat ini?? Adakah ianya bersumber dr sumber yg shahih?
----------------------------------------------------------------
Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban
kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. :confused:
_________________

Wassalam

Jawab:

Tidak ada satu hadis pun mengenai Fadhilat Sya'ban yg mencapai derjat hasan atau sahih. Ini pendapat alMuhaddith spt Ibn Hajar Asqalani, Tahzib al Tahzib, cet India:12/27-28; Ibn Jawzi, alMudhu'at, cet Beirut: 2/51-52; azZahabi, Mizan alI'tidal, Darul Fikr: 3/420; dan Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 1. Misalnya Hadis Uthman bin Abi alAs itu Dha'ef menurut alMuhaddith Albani dalam Dha'eef alJami' asSagheer: 653/#94). Ada sembilan hadis kesemuanya dalam fadhilat Sya'ban dan kesemuanya Dha'ef. WA

0 comments:

Post a Comment