Jan 3, 2009

Keris Taming Sari

Pertanyaa saya berkisar pada sejarah Melaka. Maklum bahawa semasa pertarungan hang tuah dan jebat kemenangan berkisar pada siapa yg memiliki Taming Sari. persoalan saya :

1. Apakah kisah tersebut merupakan satu fenomena syirik dgn mempercayai kehebatan Keris Taming sari tersebut

2. Apakah pula hukum bagi ibu bapa yg menyampaikan kisah- kisah diatas sebagai pengajaran kpd anak2.( bagi Ibu bapa yg jahil dan tak mengerti adanya unsur syirik dlm kisah diatas) :martialar
--------

Salam

Jwb:

Anda hendaklah tahu membedakan empat perkara:

a. Dongeng
b. Kisah
c. Sejarah
d. Sirah.

Kisah Hang Tuah adalah gabungan sejarah/kisah dan dongeng. Amat sedikit unsur sejarahnya, yang banyak ialah unsur kisah dan Dongeng. Dalam filem P Ramlee, diajukan tekateki, di manakah kekuatan hang Tuah: pada kerisnya kah, atau pada namanya. Jawapannya ialah pada namanya TUAH. Dongeng ini dicela oleh AlQur:an," Dan di antara manusia ada yg mempergunakan perkataan yg tidak berguna utk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan.." AQ Luqman: 06

HR Abu Daud, ditanya Nabi saw, siapakah manusia yg paling bohong? Nabi menjawab, "alQasy" (Tukang Dongeng)". Minda yg berilmu dan beriman mampu membedakan dongeng dari sejarah.

2. Kisah2 pengajaran datangnya dari kisah2 anbiya', para sahabat dan orang2 yg soleh. Dalilnya," dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yg Kami kisahkan kepada kamu dan ada pula yg Kami tidak ceritakan." AQ alMukmin: 78.

Jika anda terpaksa menceritakan kisah2 dongeng spt kesaktian hang Tuah mungkin kerena matapelajaran sekolah, maka jangan lupa diterangkan dongeng itu. WA

0 comments:

Post a Comment