Jan 20, 2009

Pakai Gelang Budha

assalamualaikum..
semasa di pkn ramai lelaki yg mngaku islam memakai gelang buddha yg dijampi.ia mrupakan lambang agama tersebut.adakah akidah mereka sudah rosak dngn mmakai gelang tersebut.adalah dilarang dan haram mmakai lambang 2 agama lain.adkah haram hanya pakai suka2 saje?
sekian

***************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr alhakim dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Fenomena meniru-niru pakaian dari kebudayaan asing semakin menjadi didalam masyarakat melayu kini. Akan tetapi Islam tidak menghalang umatnya dari memakai apa sekali bentuk fesyen asalkan beberapa faktor dibawah ini dipenuhi :-

a. Pakaian tersebut hendaklah menutup aurat.
b. Pakaian tersebut tidak dipakai untuk bermegah, sombong, angkuh dan riya'.
c. Pakaian tersebut bukan budaya yang melambangkan satu kaum yang kufur, kejam, zalim, munafik dsb.
d. Pakaian tersebut bukanlah simbol sesuatu agama.
e. Pakaian dan perhiasan tersebut dipakai sesuai dengan jantina pemakai.

Lelaki yang memakai 'gelang buddha' boleh dikategorikan sebagai meniru-niru budaya agama kuffar dan juga memakai simbol agama yang selain dari Islam. Seorang Islam adalah ditegah dari memakai apa-apa yang menjadi simbol kuffar atau sesuatu yang unik kepada agama mereka. Contoh yang boleh kita ambil disini ialah Jubah Paderi Kristian dan topinya, Pakaian Sami buddha dan perhiasannya, termasuklah tasbih atau gelangnya. Larangan memakai simbol agama seperti salib terdapat dari hadith yang diiriwayatkan oleh A'isyah ra. berkata :

إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلا نَقَضَهُ

"Nabi saw tidak akan meninggalkan apa-apa didalam rumahnya jika terdapatnya tanpa salib maka ia akan mengubahnya" - [Hadith riwayat al-Bukhaari, no:5952].

Memakai gelang tangan Buddha tersebut juga seolah-olah meniru orang kuffar, yang mana telah dilarang didalam kebanyakkan riwayat hadith. Sabda Nabi saw :-

من تشبه بقوم فهو منهم

"Barangsiapa yang meniru-niru satu kaum maka dia adalah salah seorang dari mereka" [Hadith riwayat Abu Daud no:3512; dikelas sebagai sahih oleh al-Albani].

Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah didalam komentarnya terdahap hadith ini mengatakan bahawa :

وهذا أقل أحواله أن يقتضي تحريم التشبه بهم ‘ وإن كان ظاهره يقتضي كفر المتشبه بهم

"Dan ini sekurang-kurangnya menujukkan bahawa adalah haram meniru-niru mereka, walaupun makna yang zahir [hadith ini] ialah barangsiapa yang meniru-niru mereka adalah kafir" (Iqtida’ al-Siraat al-Mustaqeem, 1/237).

Riwayat dari Abdullah ibn 'Amr ibn al-'Aas berkata :

رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيَّ ثَوْبَيْنِ مُعَصْفَرَيْنِ فَقَالَ " إِنَّ هَذِهِ مِنْ ثِيَابِ الْكُفَّارِ فَلا تَلْبَسْهَا "

"Rasulullah saw melihat Ali memakai 2 pakaian yang diwarnakan dengan kunyit (warna kuning) dan bersabda :' Sesungguhnya ini adalah pakaian orang kuffaar, jangan lah kamu memakainya'". -[Hadith riwayat Muslim no:2077].

Shiekh Ahmad Syakir didalam komentar terhadap hadith ini mengatakan : "Hadith ini dengan jelas menunjukkan bahawa adalah haram hukumnya meniru orang kafir didalam cara berpakaian, cara hidup dan mana-mana aspek yang menonjol. Tidak terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama mengenai perkara ini dari generasi awal". Ibn Taimiyah berkata :

المشابهة في الأمور الظاهرة تورث تناسبا وتشابها في الأخلاق والأعمال ولهذا نهينا عن مشابهة الكفار ومشابهة الأعاجم ومشابهة الأعراب ونهى كل من الرجال والنساء عن مشابهة الصنف الآخر كما في الحديث المرفوع : ( من تشبه بقوم فهو منهم

"Meniru-niru mereka secara zahir membawa kepada meniru sikap dan perbuatan mereka, kerana ini kita di larang bagi meniru orang kuffaar, Parsi, Badui, dan kedua lelaki dan wanita dilarang meniru masing-masing, sebagai didalam hadith marfuu' : Barangsiapa yang meniru-niru satu kaum maka dia adalah salah seorang dari mereka" - (Majmu' al-fatawa, 22/154).

Ulama' Lajnah fatawa al-Daa'imah Arab Saudi menjelaskan maksud 'meniru-niru orang kafir didalam fatwa bernombor 4566 :

المراد بمشابهة الكفار المنهي عنها مشابهتهم فيما اختصوا به من العادات وما ابتدعوه في الدين من عقائد وعبادات ، كمشابهتهم في حلق اللحية ... وما اتخذوه من المواسم والأعياد والغلو في الصالحين بالاستغاثة بهم والطواف حول قبورهم والذبح لهم ، ودق الناقوس وتعليق الصليب في العنق أو على البيوت أو اتخاذه وشما باليد مثلا...

"Yang dimaksudkan meniru-niru orang kuffaar ialah meniru mereka didalam perkara yang unik kepada mereka, seperti budaya dan kepercayaan, cara-cara beribadat yang mereka telah cipta didalam agama (bid'ah), seperti meniru mereka dengan mencukur janggut..... dan perayaan-perayaan yang mereka rayakan, berlebih-lebih didalam memohon pertolongan orang alim, bertawaf mengelilingi kubur, memberi korban kepada mereka; membunyikan loceng; memakai salib dileher atau menggantungnya dirumah atau mempunyai tatoo salib ditangan...." (Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 3/429. )
----------

Kesimpulannya ialah jika gelang Buddha merupakan simbol agama Buddha, maka haram hukum memakainya. Jika sipemakai memakainya kerana yakin akan jampi/mentera tersebut, maka syiriklah hukumnya. WA.

wassalam
===========
Rujukan

1. Shiekh Ibnu Taimiyah. Majmu' fataawa - 22.. susunan Abdul Al-Rahman Muhammad bin Qaasim. Mekah : Matba'ah Al-Hukumah, 1969.

2. Fataawa Al-lajnah Daa'imah - 3 (Aqidah). cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

0 comments:

Post a Comment