Jan 23, 2009

Cermat Terlampau

Salam

Saya nak minta pertolongan dr sahabat yg perihatin.

Saya ada kwn, perempuan dan tidak memakai tudung, terlalu cermat dlm urusan harian. contohnya seperti mengambil air sembahyang berkali-kali - tak cukup dengan itu 'dibasuh' pula tandas (rumah sewa yg dikongsi bersama kwn2 Islam) yg dipakainya itu berkali-kali, sanggup angkat kain baju kurung setinggi mungkin bila berjalan berdekatan dengan tayar kereta atau menaiki tangga kawasan flat takut kalau ada najis anjing atau apa2 yg sewaktu dengannya.
ada lagi tapi tak terlarat nak taip kat sini. masalahnya, dia cuba berbahas dgn saya mengenai ini tapi saya tak der point yg kuat 'tuk melawan balik.
Bukan hal ini saja, malah hal2 yang lain, termasuk lah kewajipan memakai tudung.
saya cuba nak refer pd jawapan dlm soal jawap dlm SJ dan SU dlm ini dan saya cuba kumpulkan jawapan yg terbaik, tapi betul sesetengah org berkata org2 yang mcm nih memang pandai betul menafikan dan menidakkan.

Can somebody help me?

Utk jawapan berikutnya - TERIMA KASIH!!! :)
W/A.

*********************
g@y@t
Salam

Kami memohon maaf di atas kelewatan kami menjawab soalan sdr. Sebenarnya, sudah byk persoalan berkisar dgn apa yg ditanya oleh sdr yg telah kami jawab dan huraikan sblm ini. Dan saya percaya, maklumat2 itu sudahpun mencukupi. HAnya saja mungkin ia tidak disusun dgn baik utk memudahkan pembacaan.

Apa yg sahabat sdr lakukan itu merupakan kesan kpd penyakit was2 yg teruk. Sikapnya yg melampau dalam menjaga urusan najis sedemikian rupa bukanlah satu tuntutan syara'. Tidak ada sesiapapun di kalangan ulama' yg menyuruh ke arah sikap sahabat sdr itu. Perlakuannya bercanggah dgn amalan Rasulullah saw. Seolah2 pada zaman Nabi saw tidak mempunyai najis dan anjing. Sedangkan ianya wujud, dan tidak pula diriwayatkan sehinggakan Nabi saw berhati2 sptmana shbt sdr.

Namun, sekiranya dia selesa dgn sikapnya, dan tidak merasakan ianya satu bebanan kpdnya, maka seeloknya kita utamakan benda lain utk menasihatinya. Spt urusan aurat. Urusan aurat pd masa ini lebih aula diutamakan daripada sikapnya yg berhati2. Apabila telah selesai(sudah tutup aurat), maka leih mudah rasanya utk menrangkan pula perihal berhati2 itu(spt mengangkat kain sehingga ke paras peha etc.).

Saya juga menyarankan agar mendapatkan bahan bacaan yg berkisar mengenai penyakit was2 ini. Mungkin sdr boleh hadiahkan kpd beliau. Antara buku yg baik adalah buku tulisan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah yg bertajuk Talbis Iblis dan Maka'id al-Syayatin fil waswasah wa zamm al-muwassisin. Kedua buku tersebut telahpun diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Indon.

Semoga Allah memberikan sdr dan juga kita semua kekuatan dan ketabahan serta kesabaran utk berdakwah meluaskan ilmu Allah. WA.

Wassalam
_________________
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam. JKK Ustaz Gayat.

Memang tidak dapat dinafikan, ini merupakan penyakit waswas (الوسوسة ) yang dilakukan oleh syaitan kepada hamba Allah swt. Syaitan akan membisikkan pelbagai persoalan didalam hati manusia agar ia merasa ragu-ragu dengan apa yang dilakukan. Pada zahirnya kelihatan terlalu berhati-hati, akan tetapi sebenarnya syaitan cuba menjadikan seseorang itu tidak yakin dengan apa yang dilakukan, akhirnya akan membuahkan pembaziran dan mengurangkan kekhusyukkan didalam ibadat. Akhirnya syaitan berjaya memperalatkan manusia yang mengalami waswas dengan menguasai minda-minda mereka.

Nabi saw telah memberi amaran mengenai peranan syaitan didalam mewujudkan waswas atau ketidak-yakinan kepada diri. Sabda beliau saw :-

يأتي الشيطان أحدكم فيقول من خلق كذا ؟ من خلق كذا ؟ حتى يقول من خلق ربك ؟ فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته
"Syaitan akan datang kepada salah seorang dari kamu dan berkata : 'Siapa yang mencipta ini? Siapa yang mencipta ini?' sehingga dia berkata : 'Siapa yang mencipta Tuhan kamu? Jika ini berlaku maka mohon perlindungan dengan Allah dan buangkan pemikiran tersebut" - [Riwayat al-Bukhaari #3277].

Waswas ini amat bahaya. Jika seseorang menturuti akan bisikan tersebut, maka bisikannya akan bertambah-tambah, malah ada ulama' yang mengatakan terdapat mereka menjadi kelihatan seperti orang gila akibat was-was. Perkara ini telah dijelaskan oleh Ibn Hajai al-Haithami didalam menjawab bagaimana mengatasi waswas, kata beliau :-

له دواء نافع وهو الإعراض عنها جملة كافية ، وإن كان في النفس من التردد ما كان - فإنه متى لم يلتفت لذلك لم يثبت بل يذهب بعد زمن قليل كما جرب ذلك الموفقون , وأما من أصغى إليها وعمل بقضيتها فإنها لا تزال تزداد به حتى تُخرجه إلى حيز المجانين بل وأقبح منهم , كما شاهدناه في كثيرين ممن ابتلوا بها وأصغوا إليها وإلى شيطانها الذي جاء التنبيه عليه منه صلى الله عليه وسلم بقوله : " اتقوا وسواس الماء الذي يقال له الولهان أي : لما فيه من شدة اللهو والمبالغة فيه كما بينت ذلك وما يتعلق به في شرح مشكاة الأنوار
"Baginya terdapat ubat yang effektif, iaitu tidak melayani bisikan tersebut secara total (ignore completely), tidak kira berapa kerap ianya datanag didalam fikiran. Apabila bisikan tersebut tida dilayan, ia tidak akan dapat dibentuk, bahkan ia akan pergi dalam masa yang singkat, sebagaimana yang telah dialami oleh banyak orang. Tetapi jika ia memberi perhatian kepadanya, maka ia akan bertambah sehingga ia menjadikan orang tersebut kelihatan seperti orang gila atau lebih teruk lagi dari itu, sebagaimana yang kita lihat ramai mereka yang memberi perhatian kepada bisikan ini dan kepada syaitan merupakan tugasnya menerapkan bisikan ini, dimana Nabi saw memberi amaran kepada kita apabila baginda bersabda : 'Awasi waswas berkenaan dengan air (contohnya bersuci dari najis, wudhu') yang diakibatkan oleh syaitan bernama al-Walhaan', kerana ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi berlebihan semasa ia berwudhu, sebagaimana dijelaskan didalam Sharh Mishkaat al-Anwar" - [al-Fataawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/149].

Sahabat anda memerlukan pertolongan. Lakukan apa yang dicadangkan oleh Ustaz Gayat dengan memberi buku2 mengenai ganguan syaitan. Buku Talbisu Ibliis karangan Ibn al-Jawzi sangat baik dibaca terutamanya untuk mengetahui akan tipu daya syaitan berkenaan dengan ibadat kita. Banyakkan belajar ilmu agama, dan jauhilah amalan-amalan bid'ah, kerana salah satu penyebab waswas ialah melakukan amalan2 bid'ah. WA.

wassalam

0 comments:

Post a Comment