Assalamualaiki ustaz
Ustaz saya nak tanya adakah kepercayaan salafi iaitu Allah berada di atas 7 syurga. Dari mana daleel nye
***********
Abu_Umair
Panel Feqh
Waalaikumussalam..
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah: Allah berada di atas ARASY, sebagaimana yang dituturkan secara terang dan sahih di dalam Quran, sunnah dan ijmak.
dan dimaklumi daripada nas-nas yg sahih, bahawa Arasy itu pula berada lebih tinggi daripada segala makhluk-makhluk Allah Taala yang lain. lebih tinggi daripada tujuh langit dan lebih tinggi daripada syurga yang paling tinggi iaitu Firdaus.
dalam Sahih Bukhari, tersebut satu hadis:
"Apabila kamu meminta daripada Allah, maka mintalah daripadanya syurga Firdaus. sesungguhnya ia adalah syurga yang paling pertengahan (yang paling afdhal) dan yang paling tinggi. Dan di atasnya ialah Arasy al-Rahman."
secara jelas, ia menunjukkan bahawa Arasy al-rahman berada lebih tinggi daripada syurga yang paling tinggi. Dan Allah Taala di atas Arasy-Nya..
Wallahu A'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam...boleh bg tahu sy yg mengatakan ijmak Allah di atas arasy?
Post a Comment