Jan 14, 2009

Pada Malam Itu Ruh Turun

Salam

Dari ustaz zayed:Mereka yg mati, tidak akan kembali ke dunia. Ini jumhur pendapat fuqaha dan tsabit dari Al-quran itu sendiri.

“…sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)” (Surah Al-mukminuun: ayat 100)

Ayat di atas, terdapat satu halangan pada org yg sudah mati dan mereka akan kekal selamanya sehinggalah mereka dibangkitkan pada hari kebangkitan. Dan org yg mati tidak mungkin boleh keluar dari alam barzakh. Al-Barzakh membawa maksud ruang atau halangan antara buat benda. Secara asasnya, ia adalah duduk pertengahan antara kehidupan di dunia dan kehidupan selepas mati, jarak antara kematian dan hari pengadilan.

Dari V houten:

Setelah seseorang itu ditanam dalam kubur...ia akan segera disoal oleh malaikat Mungkar dan Nakir...dan setelah itu.. roh tersebut akan dibawa ke Illiyyiin

Soalan saya:-
Bagaimana pula tentang pengertian surah Al qadar yang bermaksud pada malam itu diturunkan malaikat dan roh.Apakah roh yang dimaksudkan itu?
-----

تَنَزَّلُ الْمَلَـئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
---------------

"..Turunnya kumpulan Malaikat dan ruuh kerana membawa segala perkara.." (Surah Al-Qadr: ayat 4)

Tafsir Ibn Katheer

Ibn Katheer menafsirkan Ar-Ruuh itu ialah malaikat Jibril. Perkataan ruuh digunakan utk menggantikan nama Jibril adalah utk membezakan daripada kumpulan malaikat yang berduyun turun.

Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment