Jan 3, 2009

Nur Muhammad

assalamualaikum..
saya ingin bertanya soalan yang dikemukakan kpd saya mngenai NUR nabi Muhammad.adakah ianya wujud sebelum nadi Adam? utk pengetahuan, saya sendiri tidak memahami soalan tersebut.mungkin pihak alahkam mempunyai jawapannya.terima kasih Salam

------

wa'alaikumussalam

Terima kasih sdr jawair kerana membantu memberikan url mengenai Nur Muhammad dari Soal-Jawab yang lepas. Kepada sdr/i eqah, bolehlah cuba menggunakan pencarian [Search] yang ada pada al-ahkam untuk mencari Soal-Jawab yang lepas. Walaubagaimana pun, untuk tidak mengecewakan, kami memetik fatwa yang lain pula mengenai konsep Nur Muhammad saw.

Didalam Fatwa bernombor 189 keluaran Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah (1/446) menyebut:

للنبي صلى الله عليه وسلم نور هو نور الرسالة والهداية التي هدى الله بها بصائر من شاء من عباده ، ولا شك أن نور الرسالة والهداية من الله . قال تعالى : " وما كان لبشر أن يكلمه الله إلا وحيا أو من وراء حجاب أو يرسل رسولا فيوحي بإذنه ما يشاء إنه عليم حكيم وكذلك أوحينا إليك روحا من أمرنا ما كنت تدري ما الكتاب ولا الإيمان ولكن جعلناه نورا نهدي به من نشاء من عبادنا وإنك لتهدي إلى صراط مستقيم صراط الله الذي له ما في السماوات وما في الأرض ألا إلى الله تصير الأمور " سورة الشورى الآية 73 , وليس هذا النور مكتسبا من خاتم الأولياء كما يزعم بعض الملاحدة ، أما جسمه صلى الله عليه وسلم فهو دم ولحم وعظم .. إلخ ، خلق من أب وأم ولم يسبق له خلق قبل ولادته وما يروى أن أول ما خلق الله نور النبي صلى الله عليه وسلم أو أن الله قبض قبضة من نور وجهه وأن هذه القبضة هي محمد صلى الله عليه وسلم فنظر إليها فتقاطرت فيها قطرات فخلق من كل قطرة نبيا أو خلق الخلق كلهم من نوره صلى الله عليه وسلم فهذا وأمثاله لم يصح منه شئ عن النبي صلى الله عليه وسلم

"Nabi saw mempunyai Nur iaitu nur Risalah dan Hidayah dari Allah, melalui Allah diberinya hidayah kepada barangsiapa hambanya. Tidak dinafikan bahawa nur (cahaya) dari risalah dan hidayah datang dari Allah swt, Firman Allah swt :

'Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja) atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,

Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan. ' - [al-Shura 42:51-53].

Cahaya (nur) tidak berasal dari Mahkota Anbiya sebagaimana yang dakwa oleh setengah (Al-Mulaahidah) orang, jasad baginda saw terdiri dari darah, daging dan tulang....dan seterusnya. Beliau telah dihasilkan dari ayah dan ibu, dan tidak wujud sebelumnya, sebelum beliau dilahirkan. Kenyataan yang mengatakan perkara yang awal dijadikan oleh Allah ialah Nur Muhammad saw, atau bahawasanya Allah mengengam beberapa nur dari wajahnya dan gengaman itu adalah Muhammad saw, kemudian dia melihat kearahnya dan ia telah berbentuk titisan, dan dari setiap titisan membentuk Nabi, atau dia mencipta semua kejadian dari Nur nabi saw - Semua kenyataan ini dan misalnya TIDAK SAHIH, dan tiada sebarang perkara yang telah diriwayatkan dari Nabi saw mengenai perkara ini."
---------

wallahu 'alam, wassalam

Rujukan :

1. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah - 1. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Muaayad, 2000.

0 comments:

Post a Comment