Saya ada mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa tiada dalil yang jelas atau kuat menerangkan tentang bahasa yang digunakan di Syurga atau di alam Akhirat. Benarkah begitu?
_________________
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mukminin dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Benar apa yang sdr mukminin dengar itu bahawa tidak ada nas dari Al-Quran dan hadith Nabi saw mengenai bahasa yang digunakan di hari Kiamat atau pun di syurga. Cuma terdapat didalam satu riwayat hadith yg dhaif (lemah) dari Al-Tabarani didalam Al-Kabir Al-Ausath :-
أحبوا العرب لثلاث لأني عربي والقرآن عربي وكلام أهل الجنة عربي
"Mereka menyukai bangsa Arab kerana tiga perkara, kerana sesungguhnya aku seorang Arab, Al-Quran didalam b.Arab dan perbicaraan ahli syurga didalam b.arab"
Al-Tabarani juga telah meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah bahawa :-
أنا عربي والقرآن عربي وكلام أهل الجنة عربي
"Aku seorang Arab, Al-Quran berbahasa Arab dan perbicaraan Ahli Syurga ialah b.Arab"
Al-Haithimi mengatakan bahawa hadith ini lebih da'if dari hadith Ibn Abbas. Kesimpulannya Hadith-hadith yang membicarakan mengenai bahasa di hari Kiamat dan di Syurga merupakan hadith-hadith yang lemah yang tidak boleh dijadikan dalil. wallahu'alam
wassalam
0 comments:
Post a Comment