Jan 2, 2009

Apa Dia Karamah Dalam Sufisme

Salam
saya ingin bertanya 2 soalan.

1. adakah keramat,kewalian, dan pada siapa keramat ini diberi.

2. minta berikan judul buku yang dapat menanggah sufiesm.

segala tindakan dari tuan di dahului dengan ucapan terima kasih...
-------------

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

(a) Keramat atau Karaamah memang wujud didalam Islam. Ia merupakan pemberian Allah swt kepada hamba-hambanya terpilih sahaja. Karaamah tidak boleh dipelajari, kerana ia adalah pemberian Allah swt kepada hamba-hamba yang dikasihi.

Kisah sahih Umar al-Khattaab ra. menjelaskan wujud karaamah tersebut. Naafi' meriwayatkan bahawa Umar ra telah menghantar satu pasukan askar dan melantik Saariyah mengepalainya. Semasa Umar ra. menyampaikan khutbah Jumaat, beliau berteriak "Ya Saariyah, gunung itu! Ya Saariyah, gunung itu!" (يا ساريةُ الجبلَ ، يا ساريةُ الجبلَ ). Maka setelah itu mereka mendapati bahawa Saariyah telah bergerak kearah gunung pada saat Jumaat tersebut, walaupun jarak diantara mereka adalah satu bulan perjalanan [Fadaa'il al-Sahaaah, 1/269].

Ibn Qayyim rh. menyatakan bahawa karaamah yang dikurniakan kepada Umar ra. telah sampai suara Umar ra. kepada Saariyah. Begitu juga dengan karaamah Abu Bakar ra. memberitahu A'isyah ra. bahawa isterinya mengandung anak lelaki. Ini jelas bahawa kedua-dua sahabat ini merupakan hamba Allah yang terpilih (auliya') untuk menerima karaamah tersebut [Madaarij al-Saalikin, 3/227].

Jelas disini bahawa karaamah adalah pemberian Allah swt kepada hambanya yang terpilih (wali), dan karaamah ini tidak boleh dipelajari atau diwarisi.

Sila layari tautan berikut mengenai perbincangan mengenai karaamah :-

SJ - 2045 : ADAKAH KARAMAH BERTENTANGAN DENGAN LOGIK AKAL ?
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=8746

(b) Banyak sekali buku-buku yang cuba menyanggah sufisme dan perlu juga kita berhati-hati didalam melakukan kritikan tersebut. Kritikan hendaklah dilakukan kepada penyelewangan yang berlaku dan bukan kepada istilah "sufi", "tasauf" dan sebagainya.

Ilmu Tasauf yang tidak melibatkan ritual kebatinan merupakan satu istilah ilmu akhlak dan perkaitan dengannya. Skopnya melibatkan akhlak mulia, mengenali dan menjauhi akhlak yang tercela, cara-cara mempertingkatnya dsb.

Berikut adalah 3 contoh buku berunsur Tasauf yang dapat dijadikan sempadan dan kayu ukur untuk mengenali ilmu tersebut :-

a. Madarij al-Saalikin karangan Ibn Qayyim rh.

b. Majmu' Fataawa Jilid 10 (Ilmu Suluk) dan Jilid 11 (Tasauf) karangan Ibnu Taimiyah rh.

c. Talbisu Iblis karangan Ibn al-Jauzi rh.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment