Dec 27, 2008

Kekalkah Neraka Jahanam

Assalamu'alaikum Warah MatuLlah

Apakah sudahnya bagi golongan kafir setelah Neraka itu tiada lagi?

Jazakallah

---------
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara . Kami sebenarnya merasa agak pelik dan ganjil dengan soalan tersebut , tapi mungkin saudara bertanyakannya kerana saudara mendapati ayat Al-Quran Al-Karim yang menyatakan bahawa yang kekal-abadi kelak di hari akhirat hanyalah Allah Ta’ala , sebagai mana Firman Allah Ta’ala di Surah Ar-Rahman , ayat 26 & 27 :

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَان وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامٍِ

Ertinya : “ Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan “ .

Ayat seperti ini adalah ayat yang UMUM , kerana ada lagi beberapa makhluk lain yang kekal sampai ke hari akhirat yang kekal abadi , seperti Al-‘Arsy , Al-Kursi , Al-Lawh Al-Mahfuz , Al-Qalam , Para Malaikat Al-Katibin a.s , syurga dan neraka.

Ayat yang umum di atas dikecualikan @ dikhususkan oleh Firman Allah Ta’ala sendiri . Contohnya Allah Ta’ala menjelaskan mengenai kekalnya neraka itu di menerusi firman-Nya di dalam Surah Al-Baiyinah , ayat ke-6 :

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُوْلَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ

Ertinya : “ Sesungguhnya orang-orang yang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang yang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam , mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk “ .

Selain itu As-Sunnah ( Al-Hadist ) juga memainkan peranannya sebagai penjelas dan yang mengkhususkan ayat 26-27 , Surah Ar-Rahman tadi . Contohnya Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَإِذَا أَدْخَلَ اللَّهُ أَهْلَ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ وَأَهْلَ النَّارِ النَّارَ قَالَ أُتِيَ بِالْمَوْتِ مُلَبَّبًا فَيُوقَفُ عَلَى السُّورِ بَيْنَ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَأَهْلِ النَّارِ ثُمَّ يُقَالُ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ فَيَطَّلِعُونَ خَائِفِينَ ثُمَّ يُقَالُ يَا أَهْلَ النَّارِ فَيَطَّلِعُونَ مُسْتَبْشِرِينَ يَرْجُونَ الشَّفَاعَةَ فَيُقَالُ لِأَهْلِ الْجَنَّةِ وَأَهْلِ النَّارِ هَلْ تَعْرِفُونَ هَذَا فَيَقُولُونَ هَؤُلَاءِ وَهَؤُلَاءِ قَدْ عَرَفْنَاهُ هُوَ الْمَوْتُ الَّذِي وُكِّلَ بِنَا فَيُضْجَعُ فَيُذْبَحُ ذَبْحًا عَلَى السُّورِ الَّذِي بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ ثُمَّ يُقَالُ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ خُلُودٌ لَا مَوْتَ وَيَا أَهْلَ النَّارِ خُلُودٌ لَا مَوْتَ

Ertinya : Drp Saidina Abu Hurairah (r.a) : Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Apabila Allah memasukkan ahli syurga ke dalam syuraga , dan ahli neraka ke dalam neraka , maka dibawalah kematian itu di sempadan di antara syurga dan neraka . Lalu dilaungkan seruan “ Wahai kesemua ahli syurga ! “, maka mereka pun keluar menjenguk di dalam keadaan yang takut ( kerana bimbang mereka akan dikeluarkan drp syurga yang telah menjadi kediaman mereka ) . Kemudia diseru pula : “ Wahai kesemua ahli neraka ! “ , maka kesemua ahli neraka pun menjenguk di dalam keadaan gembira ( kerana berharap mereka akan dikeluarkan drp neraka itu ) . – Lalu ditanya mereka itu semua – “ Tahukah kamu semua apakah ini ? “ , mereka pun menjawab : “ Ya ! kami memang sudah mengenali apakah itu , itulah dia kematian yang pernah datang kepada kami semua “ . Kemudian , kematian itu pun dibaringkan lalu disembelih di sempadan di antara syurga dan neraka . Kemudian dilaungkan pula : “ Wahai kesemua ahli syurga , tinggallah kamu selama-lamanya di dalam syurga kerana kematian itu sudah tiada lagi ! Dan wahai kesemua ahli neraka , tinggallah kamu semua selama-lamanya di dalam neraka kerana kematian itu pun sudah tiada lagi ! “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzie : Kitab Sifat Al-Jannah , Bab : Ma Jaa Fi Khuludi Ahlil Jannah Wan Nar , No : 2557

**************************************
Pernahkah kita menggunakan calculator ( mesin kira ) ? . Apabila kita mencampurkan ataupun mendarabkan nombor-nombor yang berjumlah besar , apakah yang akan terjadi ? . Sudah tentu calculator itu akan memaparkan nombor yang terlalu panjang jumlahnya dan diakhiri dengan huruf [color=blue] “ E “[/color] . Huruf [color=blue]E [/color] itu membawa makna[color=blue] END [/color] ( Tamat ) , yang menunjukkan bahawa calculator itu sudah tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kira-kira .

Itu adalah kisah sebuah calculator ! .

Adapun neraka tidak begitu , kerana kisahnya akan sentiasa kekal-abadi ( tiada kesudahannya ) sekekal penghuni-penghuninya daripada kalangan mereka yang engkar ( kafir ) dan murtad daripada pentunjuk Allah Ta’ala di dalamnya !!! .

[color=blue]Dengan itu jelaslah bagi kita bahawa neraka itu kekal-abadi sebagai mana juga beberapa makhluk yang lain akan kekal abadi , dan kesemuanya itu pastinya dengan izin daripada Allah Ta’ala jua .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************
RUJUKAN

1 – TUHFATUL AHWADZI SYARAH SUNAN IMAM AT-TIRMIDZI (RH) ( Jilid 7 , ms 274 )
~ Oleh : Al-‘Allamah Al-Mubarakfuri Al-Hindi . Terbitan : Darul Fikr , Beirut .

2 – AL-MUKHTASAR AL-MUFID FI SYARH JAUHARAH AT-TAUHID ( ms 192 – 196 )
~ Oleh Syeikh Dr. Nuh ‘Ali Salman Qudhah ( Kadhi Besar dan Bekas Mufti Angkatan Tentera Kerajaan Jordan ) . Terbitan : Darur Radzi , ‘Amman .

3 – SILSILAH AL-‘AQAID ( Jilid ke-4)
~ Oleh Syeikh Ahmad ‘Izzuddin Al-Bayanouni . Terbitan : Darus Salam , Cairo .

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

-------
Wassalam

Komentar atas Jawapan:

Saya mengira soalan Microscript adalah satu soalan menguji Ahkam Online mengenai pendapat Ibn Qayyim alJauziah yg bercanggah dgn Ijma', yakni menurut ijtihad Ibn Qayyim Neraka itu Fana, sedangkan Ijma' ASWJ , Neraka itu Abadi.

Dalam isu Kefanaa' Neraka ini terdapat 7 (tujuh) pendapat lain yg bercanggah dgn Ijma' dan Pendapat Ibn Qayyim adalah salah satu dari pendapat tujuh itu.
Tidak ramai orang yg berani mengungkit hal ini kerana isu Keabadian Neraka ini suatu yg disepakati. Maka kepekaan Microscript terhadap isu yg sudah didiamkan ini menjadi tandatanya. Isu ini hangat didebatkan di zaman silam, era Jahmiyah, Muktazilah, Syi'ah dsbnya dan kemudian umat Islam akhirnya melupakan perbahasan ini.

al_Imam alHafeedz Ibn Qayyim, seorang tokoh Salafiyya yg amat dikagumi menolak Ijma' ASWJ dalam bab keabadian Neraka dalam dua kitabnya Haadil Arwah, 253-280 dan Syifa'ul Alili, 252. Dalil2 Ibn Qayyim:

a. anNisaa: 93 (..neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya KECUALI Allah mengkehendaki yg lain)

b. Hud: 107 (mereka kekal didalamnya selama ada langit dan bumi KECUALI jika Tuhanmu mengkehendaki (sebaliknya)

c. anNaba': 23 (mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya)
Ibn Qayyim juga menggunakan pendapat Umar alKhattab, Ibn Mas'ud, Abu Hurairah, Abi Sa'eed alKhudry, Abdullah bin Amr alAs, dll kemudian termasuk tabi'ien dan Ibn Qayyim mencabar bahawa keabadian neraka sebenarnya tidak IJMA'.

Namun untuk ketenteraman akidah majoriti orang awam, pendapat tujuh golongan termasuk Ibn Qayyim ini elok saja kita KIV sahaja dan terus menerima pendapat Ijma' ASWJ.

1 comments:

Anonymous said...

As-Salam. Umur manusia di dunia biasanya lingkungan antara 60 hingga 100 tahun secara puratanya, Jika mereka kafir 100 tahun mengapa akan diazab hingga infiniti (tiada kesudahan atau kekal abadi).Sepatutnya cukuplah 100 tahun dengan bakaran seksa neraka itu. Di mana letaknya kedilah Ilahi sedangkan Allah itu bersifat Maha Adi, Mahal Mengampuni. Sebanyak 99 rahmatNya masih disimpanNya dan baru 1 rahmatNya dihamburkan ke seluruh maya pada ini dari awal tercipta hingga kiamat nanti. Ertinya 99 rahmat itu untuk hari akhirat atau hari pembalasan itu nanti. Apa pula gunanya setiap ruh itukan dahulu pernah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan mereka di alam sebelum dizahirkan jasad ke dunia dulu. Sebenarnya neraka itu makhluk tetapi oleh kerana lama hukuman yang ditimpakan kepada para penghuninya seolah-olah neraka dan syurga itu kekal abadi. Sebenarnya hanya 1 wujud sahaja iatu Allah Taala. Kewujudan makhluk itu hanya umpama bayang yang cuma sebentar.

Post a Comment