Dec 29, 2008

Iblis Laknatullah Tidak Pernah Syirik?

assalamualaikum wm wb.

saya ingin tumpang bertanya tentang bab ilmu tauhid.

saya telah berfikir satu perkara mengenai iblis dan syaitan dan kaitan dengan manusia.

saya dapati(pada dasar kefahaman saya) iblis tidak menyekutu Allah,cuma menderhaka pada perintah Allah takala disuruh sujud (hormat pada Adam) pada Adam berbanding dengan kebanyakkan manusia yang jelas menyekutukan Allah seperti menyembah berhala dan sebagai-nya.

adakah iblis tidak melakukan syirik sebagai mana manusia melakukkan syirik?

jika manusia melakukkan syirik dan hukuman -nya dimasukkan kedalam neraka utk selama-lama mengikut kehendak Allah,bagaimana pula dgn iblis?

-------
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan Saudara Osman . Maafkan kami andainya jawapan yang diberikan nanti agak ringkas, namun kami akan cuba sedaya-upaya untuk menjelaskannya .

Kisah kufurnya ( engkar ) Iblis ( L.a ) ini termaktub di dalam beberapa ayat suci Al-Quranul Karim , di antaranya ialah di dalam Surah an-Hijr : ayat 28 – 42 :

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِّن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ * فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُ سَاجِدِينَ * فَسَجَدَ الْمَلآئِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ *
إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى أَن يَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ * قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلاَّ تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ * قَالَ لَمْ أَكُن لِّأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ *قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ * وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ * قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ * قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ * إِلَى يَومِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ * قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ * إِلاَّ عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ * قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ * إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلاَّ مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

Ertinya : “ (28) Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk,

(29) Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud .

(30) Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama,

(31) kecuali iblis. Ia enggan ikut besama-sama (malaikat) yang sujud itu.

(32) Allah berfirman: "Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?"

(33) Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk"

(34) Allah berfirman : "Keluarlah dari surga, karena sesungguhnya kamu terkutuk,

(35) dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat".

(36) Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan ,

(37) Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,

(38) sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan ,

(39) Iblis berkata : "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,

(40) kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka".

(41) Allah berfirman : "Ini adalah jalan yang lurus, kewajiban Aku-lah (menjaganya).

(42) Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat “ .

****************************************
Syirik ialah : MENYEKUTUKAN ALLAH TA’ALA . Ataupun : Menjadikan bagi Allah Ta’ala itu ada sekutu lain ( partner ) di dalam mentadbir alam semesta ini.

Kufur pula ialah : ENGKAR . Kadang-kadang ia juga adalah seerti ( sinonim ) dengan MAKSIAT dan DOSA . Dan kadang-kala digunakan juga untuk menunjukkan erti : MURTAD dan KAFIR.

Syirik merupakan salah-satu dosa besar , bahkan yang terutama sekali ( walaupun terdapat beberapa ulama’ yang mengatakan bahawa dosa yang paling terbesar ialah berdusta dengan menggunakan nama Allah Ta’ala ) .

Di dalam Al-Quranul Karim sendiri terdapat banyak ayat yang melarang kita daripada terjebak ke dalam kancah syirik ini , di antaranya, Firman Allah Ta’ala di dalam Surah an-Nisa; ayat 36 :

وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئًا

Ertinya : “ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun…… “ .

Firman-Nya lagi di dalam surah yang sama , pada ayat 116 :

إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيدًا

Ertinya : “ Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. “ .

**************************************
Menurut pandangan kami – sekadar dengan ilmu pengetahuan yang sedikit yang ada pada kami ini – Iblis ( L.a ) memanglah tidak menyekutukan Allah Ta’ala . Akan tetapi dialah “ penaja “ syirik-syirik , dialah “ penganjur “ maksiat-maksiat , dialah “ ketua penghasut “ agar makhluk sentuiasa berbuat dosa dan derhaka , dialah “ kepala samseng “ yang mengetuai mereka yang melakukan pengkhianatan terhadap agama dan kemanusiaan dan dia jugalah “ kepala pengat “ yang menghasut makhluk agar selalu di dalam kesesatan di dalam kealpaan.

Pendek kata : Iblis ( L.a ) adalah musuh terbesar hamba-hamba Allah Ta’ala .

Di dalam sebuah hadists yang diriwayatkan oleh Saidina Jarir , dari ayahnya ( Saidina ‘Abdullah ) . Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda :

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً كَانَ لَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يُنْتَقَصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يُنْتَقَصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Ertinya : “ Sesiapa yang mengadakan contoh yang baik di dalam Islam , maka untuknya ada ganjarannya dan ganjaran orang yang mengikutinya ( melakukan kebaikan itu ) tanpa dikurangi daripada pahala-pahala mereka itu sedikit pun . Dan sesiapa sahaja yang mencipta satu contoh yang buruk, maka dia akan mendapat dosa itu dan dia juga mendapat dosa-dosa daripada mereka yang mengikutinya ( melakukan contoh yang buruk itu ) , tanpa dikurangi daripada dosa-dosa mereka itu sedikit pun “ ~ Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad Bin Hanbal ( rh ) di dalam “ Musnad “ nya ( Nombor Hadits : 19,057 ) .

Iblis juga , walaupun tidak dianggap telah menyekutukan Allah Ta’ala , akan tetapi dia adalah TOGHUT ( Idol ) . Kerana TOGHUT itu ialah : APA-APA SAHAJA YANG RELA DAN REDHA MENJADI SEMBAHAN SELAIN ALLAH TA’ALA .

Maka , daripada hadist ini dan ayat-ayat Al-Quranul Karim di atas , dapatlah kita fahami bahawa , walaupun Iblis ( L.a ) tidak menyekutukan Allah Ta’ala akan tetapi, gara-gara dialah , kebanyakan makhluk ini akan dihumbankan ke dalam neraka kelak. :happydevi Na’zubilLahi Min Dzalik.

Bukan Iblis ( L.a ) sahaja yang akan dihumbankan ke dalam neraka jahannam gara-gara menaja dosa-dosa dan kemaksiatan , malahan sesiapa sahaja yang mengiuti jejak-langkah dia ataupun yang memainkan wataknya seperti Iblis ( L.a ) itu, pastilah akan bersama-samanya di neraka jahannam kelak .

Ya ! walaupun ada di kalangan umat Islam yang mengatakan bahawa Iblis ( L.a ) juga telah melakukan SYIRIK kerana menyembah hawa nafsunya sendiri , akan tetapi itu tidak penting untuk kita bahaskan di sini . Yang penting ialah : Menjauhi daripada mengikuti jejak-langkah Iblis ( L.a ) .

Mudah-mudahan Allah Ta’ala sentiasa memelihara diri-diri kita semua daripada termasuk daripada kalangan “ pemuja “ dan tentera Iblis ( L.a ) . Amin Ya Rabbal ‘Alamin Wa Ya Rabbal Al-Mustaghitsin .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************
RUJUKAN

1 – SILSILAH al-‘AQAID ( Bhg ke-VI , Halaman : 17 )
Oleh : Syeikh Ahmad ‘Izzuddin al-Bayanooni ( rh )
Darus Salam , Kaherah.

2 – MUSNAD al-IMAM al-‘ALLAMAH AHMAD BIN HANBAL ( RH )
Komentar Oleh : al-Muhaddist al-Imam Ahmad Bin Muhammad Shakir ( rh ) & Syeikh Hamzah Ahmad Zain ( rh ).
Darul Hadist , Kaherah .

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment