Dec 29, 2008

Tidak Mengucap Kafir Mengucap Kufur

Assalaamualaikum,

Pernah saya di tanya tentang Kalimah Syahadah oleh seorang kawan yang belajar Ilmu Ketuhanan untuk saya cari sendiri jawapannya. Iaitu jika tidak mengucap kafir, mengucap kufur. Apakah maksudnya ?

=======
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara /I Nim yang telah mengemukakan soalan di atas .

Nampaknya saudara/I sendiri telah menghantar dua kali soalan yang sama ( dan saya telah memadam soalan yang berulang itu ) . Kami harap pada masa akan datang tidak ada lagi soalan yang sama dihantar dua kali dan kami juga mohon drp semua saudara/I yang bertanya agar dapat bersabar menunggu jawapannya . Ini disebabkan kami semua bukannya berkerja sepenuh masa 24 jam dengan al-Ahkam Online , bahkan kami sendiri mesti membahagi-bahagikan komitmen kami kepada kehidupan , pengajian dan perkerjaan kami serta tugas dakwah di al-Ahkam Online ini . ;)

“ Tidak mengucap kafir, mengucap kufur “ .

Inilah perkataan yang akan kita bincangkan . Disebabkan ianya terlalu ringkas dan berupa ayat tergantung maka ada KEMUNGKINAN ia bermaksud :

(1 ) ~ Sesiapa yang tidak mengucap , dia akan jadi kafir . Dan sesiapa yang mengucap pula dia akan menjadi kufur .

( 2 ) ~ Sesiapa yang tidak pernah mengucap 2 kalimah syahadah dia menjadi kafir . Dan sesiapa pula yang mengucapkan kalimah-kalimah kufur ataupun syirik dia akan menjadi kufur .

( 3 ) ~ Tidak mahu mengucap 2 kalimah syahadah sebagai mana yang diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir ( kerana dia sendiri enggan dan tidak suka akan sunnah Baginda s.a.w ) . Dan sesiapa pula yang sudah mengucapkannya akan tetapi kemudiannya dia mengucapkan kata-kata yang boleh membawa menjadi kufur ( seperti murtad dan syirik ) maka dia pun menjadi kufur ( seperti mengaku menjadi Tuhan , ataupun mengakui ada hukuman lain lebih baik drp hukuman Allah Ta’ala ) .

( 4 ) ~ Kawan saudara/I itu sebenarnya dia seseorang yang suka berteka-teki . Oleh itu bersabarlah sebab nanti dia sendiri akan memberikan jawapan yang dimaksudkannya.

Itulah beberapa kemungkinan drp sudut positif .

Adapun jika sebaliknya , maka ada kemungkinan juga :

( 1 ) ~ Kawan saudara/I yang dikatakan mempelajari ILMU KETUHANAN tu sebenarnya apa yang dipelajarinya? . Kitab apakah yang digunakannya? , siapakah gurunya? dan kalau gurunya baik ataupun kitabnya betul sekalipun adakah kawan saudara/I itu sudah mempunyai kemampuan untuk mempelajari “ilmu-ilmu yang dikatakan tinggi dan hebat“ itu ? .

( 2 ) ~ Pastikan adakah kawan saudara/ itu belajar “ ILMU KETUHANAN “ dengan bermakna belajar Ilmu Tauhid ( ‘Aqidah ) yang sahih . Kita bimbang dia bukan belajar Ilmu Tauhid ( ‘Aqidah ) tetapi dia belajar “ Ilmu Tareqat ( yang sesat ) “ pula .

( 3 ) ~ Kawan saudara bukannya belajar “ Tauhid “ ( ‘Aqidah ) tetapi belajar “ teka-teki “ hasil warisan Kaum Falsafah Sofastoieyun di zaman Yunani Kuno ( Greece ) . Hasilnya , walaupun nampak “ macam hebat “ tetapi ianya tidak memberi kepuasan kepada iman sebaliknya lebih suka menyebabkan orang ternganga kehairanan .

Ilmu Tauhid sepatutnya disajikan di dalam bentuk yang mudah difahami oleh masyarakat awam . Gunanya untuk mendekatkan lagi manusia dengan Allah Ta’ala dan mengelakkan mereka melakukan sebarang bentuk kesyirikan dan kemurtadan .

Ilmu Tauhid juga sepatunya disajikan sebagai PENJELASAN kepada manusia , bukannya sebagai ALAT PENGKABUR kepada manusia . Dan kaum Sekularisme sangat suka pengajian Tauhid disajikan di dalam bentuk “ kabur “ agar ideologi-ideologi sesat itu tidak diperangi oleh para pelajar ilmu Tauhid dan umat Islam semuanya . :bash

Kalau Ilmu Tauhid disajikan dengan bentuk “ berfalsafah “ dan “ berteka-teki “ , tidak mustahillah kita akan terus-menerus melihat ‘Aqidah umat Islam makin lumpuh dek serangan bertubi-tubi fahaman – fahaman yang dipenuhi oleh kesyirikan dan kemurtadan ! .

‘Ala kulli hal ( walau bagaimana pun ) saya tidak buruk sangka ( su’u dzon ) kepada kawan saudara/I itu sebab dia adalah orang Islam . Oleh itu jalan terbaik ialah saudara/I Nim sendiri mestilah bertemu dengannya dan bertanyakan jawapannya . Selepas itu , jika masih sangsi ataupun tidak puas hati , silalah menziarahi kami sekali lagi di sini .

Jangan lupa , temuilah rakan saudara/I itu dan tanyalah dia . :walksmil

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

5 comments:

Anonymous said...

Tak mengucap kafir, mengucap pula kufur.
Kalau tak ucap dah tentulah kafir, engkar kepada Allah dan Rasul. sebab tujuan hidup adalah untuk mengenal dan beribadah kepadanya.

Mengucap pula kufur, sebab kita berikrar untuk taat dan setia kepada Allah dan Rasulnya tapi ucapan ikrar itu tidak disaksikan oleh Allah dan Rasulnya.

c.mus said...

as'm
minta izin copy

al khair said...

Kalimah Shahadah.
Shahadah itu datang dari Shahidah bermaksud penyaksian.
Apabila seseorang itu inginkan beragama wajiblah ianya bershahadah dan berdaksi.
Contohnya.
Semasa Nabi saw.maseh ada lagi.Barang sesiapa yang ingin beragama wajiblah ianya bertemu Nabi saw.Akad dgn Nabi saw.mengucap kalimah Shahadah dgn Nabi saw.Nabi sebagai "SAKSI"nya.Nabi Akuinya sebagai Umat Muhammad.
Ketika ini Nabi saw.ada meningalkan habibullah Pewsris Penganti Nabi yang membawa Pusaka Nabi untuk manusia selasaikan Mengucap kalimah Shahadah itu.

PunkDX said...

Tak mengucap kafir.. sememangnya tak mengaku akan penyaksianNya kafir lah ia... Mengucap pula kufur... mereka yg mengucap dua khalimah syahadah mengaku akan penyaksianNya tapi hanya sekadar di bibir sahaja... Penyaksian bahawa tiada yang lain melainkan Allah itu bagaimana... Hanya Jauhari akan mengenal Manikam.. itulah maksudnya mungkin lah kot...

PunkDX said...

Siapa yang membawa pusaka tu sekarang?

Post a Comment